BAYARAN Fasa 3 dan rayuan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September secara berperingkat.

Pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia diwujudkan menerusi Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula pasca-pandemik dan meringankan beban kos sara hidup. Pembayaran BKM akan dilaksanakan sebanyak empat kali setahun.

Baca juga: Bayaran BKM Fasa 2 dibuat bermula 27 Jun, ini cara buat semakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berikut lima info berkaitan bayaran BKM Fasa 3:

1-BKM Fasa 3 membabitkan pembayaran berjumlah RM2.2 bilion kepada seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang serta mereka yang telah lulus rayuan.

2-Proses pembayaran berperingkat BKM Fasa 3 dijangka selesai pada 27 September 2022.

3-Perdana Menteri berkata untuk BKM Fasa 3, setiap penerima sedia ada bakal menerima sehingga RM900, manakala lebih 80,000 penerima yang diluluskan rayuan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan, termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan kerajaan, Jun lepas.

Baca juga: Cepat! Rayuan BKM boleh dibuat online, kaunter berakhir 2 Jun ini

4-Ismail Sabri berkata sehingga bulan ini, sebanyak RM5.9 bilion disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan.

5-Menurutnya, masih terdapat bayaran Fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada individu yang layak pada Disember ini.

Iklan

Anda yang ingin membuat semakan status pembayaran dan rayuan, boleh melakukannya melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Diharapkan kepada yang berjaya dapat memanfaatkan bantuan ini sebaik-baiknya.

Baca juga: Iltizam Anak Selangor untuk bayi kelahiran 2022, ini syarat, cara mohon perlu ibu tahu

Iklan

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan