Bayaran BKM Fasa 4 sehingga RM900, 5 info wanita perlu tahu

A
A
A

BAYARAN Fasa 4 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 15 November 2022.

BKM adalah pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Baca juga:Kepala Bilal semakin membesar, bawa ‘beban’ 28kg. Keluarga rayu bantuan

Kredit foto; Freepik, SinarPlus

Baca juga:Bantuan Raja Sehari RM1,000 pasangan pengantin di Johor termasuk pemastautin, ini syarat mohon

Ia diwujudkan menerusi Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula pasca-pandemik dan meringankan beban kos sara hidup.

Pembayaran BKM akan dilaksanakan sebanyak empat kali setahun.

Berikut lima info berkaitan bayaran BKM Fasa 4:

1-Ia akan dikreditkan ke akaun penerima bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).

2-Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang atau tiada pasangan.

3-Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.

4-Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

5-Keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.

Bagi anda yang ingin membuat semakan status pembayaran boleh melakukannya melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my atau meirujuk Soalan Lazim (FAQ) di pada portal Rasmi BKM berkenaan.

Baca juga: Khas untuk anak OKU, permohonan bantuan ANIS maksimum RM5,000 kini dibuka

Sumber: FB Ismail Sabri

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca