KUTU beras musuh kebanyakan daripada kita. Lebih menghairankan, walaupun bekas penyimpanan sudah ditutup rapat, serangga perosak itu tetap muncul.

Mungkin ramai dalam kalangan wanita berhadapan masalah kutu beras atau dikenali dengan panggilan bubuk ini. Sementelah nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia.

Amat menyakitkan hati apabila mendapati stok beras yang diserang perosak itu. Pengguna Twitter, Naim J Pest berkongsi berkaitan serangga itu.

Baca juga: Senang betul nak mudah halau kutu beras. Ini 7 cara mudah dan guna barang asas di dapur sahaja

Beliau mendedahkan bagaimana kutu beras muncul dan cara membasminya. Berikut perkongsian beliau:

1-Kutu beras atau Rice Weevil ni merupakan serangga di dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan serangga ini adalah biji benih gandum, tepung dan beras.

2-Bagaimana ia boleh berada di dalam beras walaupun beras tersebut baharu sahaja dibeli? Serangga ini sebenarnya bertelur di dalam beras itu sendiri. Ia akan menjadikan butiran beras sebagai empat menyimpan telur. Caranya adalah dengan menebuk isi dalam butiran beras tersebut sehingga kosong.

Baca juga: Cara hilangkan kutu beras dengan pantas dan berkesan!

3-Bila sudah sampai tempoh matang, serangga tersebut akan keluar dari beras yang menjadi tempat tinggalnya dan kemudian meneruskan hidup dengan memakan beras lain. Dalam masa yang sama, ia akan membiak dan menempatkan telurnya ke dalam beras lain.

4-Oleh sebab itu, apabila jarang memasak, kutu beras akan cepat keluar. Bagi yang kerap memasak nasi, kutu beras tidak sempat keluar (menetas). Justeru beras yang mempunyai telur serangga itu tanpa diketahui dimasak menjadi nasi.

5-Beras yang mempunyai kutu akan cepat hancur Jika dimasak nasi tidak tahan lama dan cepat basi kerana tercemar.

Baca juga: Rezeki akan terputus apabila lambat beli bekalan beras? Ini penjelasan yang wajib kita baca

TIP KELUARKAN KUTU BERAS
Serangga ini sensitif dengan suhu. Paling mudah jemur sahaja beras di bawah matahari sekitar 15 hingga 20 minit.

Kutu berkenaan akan keluar sendiri daripada beras. Ratakan beras dalam dulang memudahkan serangga tersebut beredar.

Iklan

TIP ELAK KUTU BERAS
Berikut adalah cara untuk mengelakkan serangan kutu beras:

1. Letak daun bay atau bay leaves. Bau dihasilkan daun tersebut menjadikan ia sebagai penghalau kepada kutu beras

2.Lada hitam sangat toksik kepada serangga ini. Taburkan biji lada hitam ke dalam bekas beras untuk mengelakkan kewujudan kutu.

3.Selain itu boleh cuba menyimpan beras di dalam pek vakum (vacuum pack) bagi mengelakkan mengelakkan telur kutu beras menetas.

Iklan

4.Simpan beras di dalam peti sejuk boleh mengelakkan pembiakan kutu beras. Cara ini jarang digunakan tetapi berkesan kerana kutu beras sensitif dan tidak boleh hidup dalam keadaan suhu sejuk.

Baca juga: Air basuhan beras jangan dibuang, ada lagi kegunaannya 

Sumber: Twitter @naimpestcontrol

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.