PANDEMIK Covid-19 sudah dua tahun berlanjutan di negara kita. Dalam mengharungi fasa wabak ini, pelbagai prosedur telah kita lalui termasuk ujian pengesanan Covid-19 dan penerimaan suntikan pelaliannya.

Berita baik pembayar cukai, kini korang boleh membuat tuntutan bagi kedua-dua prosedur yang dinyatakan di atas.

Perkara itu dinyatakan menerusi laman sesawang rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri di bawah Pelepasan Cukai  Individu Pemastautin.

Dua sub kategori itu baharu sahaja diperkenalkan di bawah kategori perbelanjaan perubatan menerusi kenyataan pelepasan cukai bagi setiap pemaustatin dan boleh dituntut sehingga RM 1,000.

Jumlah perbelanjaan perubatan utama yang boleh dituntut ialah sehingga RM8,000.

Ia merangkumi perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius untuk diri sendiri dan keluarga, perbelanjaan rawatan kesuburan dan perbelanjaan suntikan vaksin termasuk vaksinasi Covid-19.

Manakala bagi ujian pengesanan Covid-19, ia adalah termasuk kos membuat ujian calitan sama ada jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK Ag) ataupun PCR (Real-time reverse transcription-polymerase chain reaction).


Kedua-dua jenis sub kategori pelepasan itu boleh korang failkan di bawah cukai anda sebelum tarikh akhir pada 31 Mac 2022 untuk taksiran tahun 2021.

Sumber: LHDN

Justeru, bagi membuat tuntutan korang perlu menyimpan resit pembelian sebagai bukti pembelian.

Baca juga: Umur dah nak masuk 30-an, ini ujian kesihatan yang patut dibuat sebelum terlambat

Selain vaksinasi Covid-19, vaksinasi lain yang terlibat adalah seperti berikut:

1.Pneumococcal;

Iklan

2.Human papillomavirus (HPV);

3.Influenza;

4.Rotavirus;

5.Varicella;

Iklan

6.Meningococcal;

7.Kombinasi TDAP (tetanus-diphtheria-acellular-pertussis)

Baca juga: 5 Persiapan Awal Sebelum Lakukan Ujian Kendiri Guna Air Liur. Barulah Kualiti Sampel Terjamin

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri