Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.' Momen paling indah...'

A
A
A

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya.

Sementelah permata hatinya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna kini sedang membesar dan sudah pasti memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih.

Kemelut dalam rumah tangga yang melanda pelakon dan penyanyi kecil molek dari Negeri Di Bawah Bayu itu tidak membuatkan terus larut dibuai emosi sedih.

Baca ni Anak-anak sumber kekuatan Bella Astilah.’ Mereka buat saya tenang, reda & kuat’

bellaTerbaharu, pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah membawa anak-anaknya bercuti dan melawat Zoo Negara.

Harta yang paling berharga buat mummy

and mummy akan work hard untuk Ayden & Ara ?‍?‍?

Demikian ungkapan Bella menerusi kapsyennya di laman Instagram miliknya.

Keterujaan jelas terpancar di wajah anak-anak wanita berusia 30 tahun itu. Mungkin itu pertama kali dua beradik itu menjejak kaki ke tempat berkenaan.

Riuh suara masing-masing yang terpegun melihat binatang yang ada di zoo berkenaan. Malah, masing-masing tidak berhenti-henti memanggil mummynya.

Biarpun penat dengan urusan kerja, namun Bella tetap melayani karenah anak-anaknya dengan penuh sabar.

Suka buaya

Part paling membuatkan warga maya geli hati bila mana Ara mengaku dirinya sukakan buaya yang dilihatnya di situ.

Kata-kata spontan anak perempuannya itu membuatkan Bella beristighfar. Comel je bila Ara menyebut 'i like you'. Buat hal betul Ara ni, kan!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menitipkan doa buat anak-beranak itu.

'Haha comelnya! Best moment with the lovely kids❤️ Ayden , Ara jaga mummy tau jadi anak baik mendengar kata for mummy❤️ Korang jelah harta mummy yang mummy paling paling sayang❤️ Be a good person so that mummy sentiasa smile and lupa all the sad things that happen in her life tau.'

'Kuat betul bella, anak2 mmg akan panggil mommy2, sampai x terlayan kadang-kadang.'

'Hahah comelll the countless times they say mummy.'

'bahagianyaaa ..harta paling berharga❤️❤️take care ur mummy ye Ayden and Ara ❤️such a sweetie and good boy ..comey.'

'Tak lekang ‘mommy’ dari mulut dia.'

'Anak tak lepas dari mulut..selalu panggil mummy2…moments paling indah dalam hidup..masa anak2 kecik..moga ayden ara membesar dengan baik.jaga mummy.'

'Cute lah anak2 bella muka byk iras mommy dya.'

'Moment begini la paling berharga ,anak2 akan ingat sampai dia besar.rugi besar parents yang tak spent time dengan ank2.'

'Penatnya ni..... Tengok pun penat tapi berbaloi kasi happy anak²..... Wish u all the happiness Bella.'

Sumber: Instagram bellaastillah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca