HomeFYIEh! Apa Tu?Bantu anak muda jadi...

Bantu anak muda jadi doktor, Dr Sheikh Muszaphar umum tajaan pelajar SPM 2023 jurusan perubatan

ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha terkenal kerana sering berkongsi tip keibubapaan, kekeluargaan dan akademik yang memberikan inspirasi.

Doktor pakar ortopedik itu yang merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Muar menguar-uarkan tentang peluang bagi pelajar pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mendapatkan penajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan pergigian.

Baca juga: Genius, IQ Bella lebih 130, ikuti kem Permata Pintar, Dr Sheikh Muszaphar dedah 8 perkembangan tika kecil

Bapa kepada enam cahaya mata itu berkongsi akan peluang keemasan itu menerusi hantaran di laman sosial Instagram.

”Untuk lepasan SPM 2023 yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Kedoktoran -Medical Bachelor and Bachelor of Surgery (MBBS) dan Bachelor of Dental Surgery (BDS). Yayasan Angkasawan Negara (YAN) akan membantu merealisasikan impian anda,” titipnya.

Beliau yang merupakan Presiden YAN turut berkongsi tentang syarat penajaan seperti berikut:
a) Bumiputera
b) Minimum B dalam subjek Fizik , Kimia , Biologi dan Matematik
c) Lepasan SPM 2023

“Mohon sekarang. Halat uju lepas SPM ialah satu tahun Asasi dalam Sains dan terus ke bidang perubatan,” kongsinya.

Memberi kembali kepada masyakarat, beliau yang merupakan alumni MRSM Muar yang menuntut di sana pada tahun 1985 hingga 1989 kembali ke sekolah lamanya itu.

”I came to MRSM Muar yesterday meeting 350 students from 11 MRSM’s whom just finished their SPM. Jadikan mereka anak angkat.

“Untuk membimbing mereka menjadi doktor yang berjaya . Amiinn. Menawarkan penajaan. Yang penting minat dan usaha.

”Juga terbuka untuk seluruh lepasan SPM 2023. Sila WhatsApp En Shahrul 012-388-1054.”

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Menerusi carian SinarPlus, program yang ditawarkan itu membantu para pelajar bukan sahaja dari yuran pengajian tetapi turut menaja kos sara hidup. Berikut lima info mengenainya:

1-YAN menyasarkan seramai 300 pelajar B40 untuk menyertai program Satu Keluarga Satu Profesional dalam tempoh lima tahun akan datang.

Iklan

2-Ia adalah inisiatif yayasan berkenaan dan Kolej Universiti Manipal Malaysia (MUCM) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA).

3-Pelajar yang layak akan menerima pinjaman boleh ubah bagi membiayai yuran pengajian dalam bidang perubatan atau pergigian di MUCM selain menerima elaun bulanan bagi meringankan beban mereka.

4-Program ini memberi fokus kepada pelajar Melayu dan bumiputera dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan dan ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan atau pergigian.

5-Pelajar bidang perubatan atau pergigian yang memperoleh pinjaman berkenaan dan berjaya lulus pengajian dalam tempoh lima tahun tidak perlu membayar semula pembiayaan tersebut.

Iklan

Baca juga: ‘Anak-anak merayu mahu naik lagi, mak, bapa macam mahu pengsan.’- -Dr Halina kongsi kisah lucu anak-anak pertama kali naik tren

Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar, Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Pengasas Mustika Ratu, Ibu Mooryati Soedibyo meninggal dunia pada usia 96 tahun

PENGASAS syarikat perubatan herba dan kecantikan terkenal Indonesia Mustika Ratu, Mooryati...

Ikatan 9 tahun terlerai, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu

IKATAN perkahwinan penyanyi, Adira Suhaimi dan suami, Datuk Seri Adnan Abu...