CUTI Tahun Baru Cina yang akan berlangsung empat hari bermula 20 Januari 2023 bakal menyaksikan ramai berpusu-pusu ke destinasi yang telah dirancang.

Berita baiknya pengecualian tol untuk semua kenderaan akan di berikan di seluruh negara.

Baca juga: “Ibu bapa tiada gantinya”- Isteri kerap balik kampung, lelaki mualaf baru tahu punca lebuh raya sesak tiap kali cuti

Baca juga: 16 tarikh cuti kelepasan am Selangor 2023, yang perlu bekerja ini kadar bayarannya

Kredit foto: Bernama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ia akan diberikan pada 20 Januari (Jumaat) dan 21 Januari 2023 (Sabtu) ini.

Baca juga: Kena letak duit syiling dalam freezer sebelum bercuti atau balik kampung, ini sebabnya yang ramai tak tahu

PANDUAN KESELAMATAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Polis Diraja Malaysia menyarankan tip keselamatan sebelum pulang ke kampung.

1. Maklumkan kepada balai polis terdekat mengenai maklumat diri iaitu alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.

2. Minta tolong jiran sebelah untuk tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda.

3. Pasang alat-alat tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.

4. Jangan tinggalkan sebarang nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.

5. Henti penghantaran akhbar dalam tempoh ketiadaan anda di rumah.

6. Sentiasa pasang lampu pada waktu malam.

Iklan

7. Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah.

8.Pastikan menutup gas regulator atau kepala tong gas dan dapur sebelum meninggalkan rumah. Seeloknya buka kepala tong gas dan jangan sesekali biar injap gas terbuka untuk mengelakkan daripada berlakunya kebocoran dan kebakaran.

9.Bagi yang memandu jangan lupa pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik dan diselenggara.

10.Pastikan anda periksa keadaan tayar, brek, penghawa dingin dan keseluruhan komponen kereta agar tidak berlaku perkara tak diingini dalam perjalanan.

Iklan

Baca juga: DIY cat feeder untuk kucing jalanan. Boleh praktikkan jika nak balik kampung. Modalnya, guna botol mineral jer. Mudah, praktikal!

Sumber: PMOPolis Diraja Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi