Berita baik untuk pemandu Grab, peroleh pendapatan tambahan menerusi kempen Raya Lagi Mantap Bersama Grab

A
A
A

Berita baik untuk pemandu Grab, peroleh pendapatan tambahan menerusi kempen Raya Lagi Mantap Bersama Grab

KEPADA pemandu Grab sekalian, ada berita baik untuk anda semua.

Grab Malaysia baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk meningkatkan usaha membantu rakan pemandu memperoleh pendapatan tambahan sepanjang bulan Ramadan dan musim Hari Raya ini.

Salah satunya adalah kempen Raya Lagi Mantap Bersama Grab yang dilancarkan baru-baru ini bakal menawarkan rakan pemandu peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan dan penjimatan hingga RM2,000.

Hadiah-hadiah bernilai hingga RM20,000 turut disediakan untuk dimenangi!

Wah! Hebat, kan?

Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, kempen yang berlangsung bermula 22 Mac lalu hingga 30 April depan adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk membawa masuk lebih ramai lagi rakan pemandu.

Selain itu, Grab secara berterusan mahu memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakan pemandu sedia ada dan menjadikan pengangkutan mudah diakses oleh semua penumpang.

"Dengan ini, Grab berhasrat untuk terus menyediakan lebih banyak peluang untuk mendapat hasil dan jaringan keselamatan pendapatan bagi mereka yang menyertai platform ini.

"Kempen tersebut juga merupakan salah satu daripada tawaran yang disediakan untuk rakyat Malaysia mengakses pendapatan yang adil, mampan dan produktif," katanya dalam satu kenyataan media.

Untuk menyertai pelbagai inisiatif itu, para pemandu Grab hanya perlu meneruskan pemanduan mereka melalui platform Grab dan memenuhi syarat yang tertentu.

Tidak kira yang lama atau baharu, anda berpeluang memiliki pendapatan tambahan dan baucar minyak, kata Rashid.

Misi Grab sejak awal lagi adalah untuk menyediakan pilihan pengangkutan yang selamat, mudah dan pada masa yang sama meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.

"Memandangkan permintaan untuk e-hailing telah pulih dengan pantas, tumpuan kami adalah untuk meningkatkan bilangan pemandu yang aktif dan mengoptimumkan lagi pemandu yang sedia ada untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

"Kami berharap inisiatif-inisiatif dan langkah yang kami ambil ini akan menggalakkan rakan pemandu baharu untuk menyertai platform Grab secepat mungkin untuk mendapatkan manfaat daripada pendapatan tambahan yang telah disediakan untuk mereka,” katanya.

Rakan pemandu yang layak mendapat baucar pendahuluan dan pembiayaan fleksibel oleh Grab boleh memenangi Duit Raya (dalam bentuk pulangan tunai) bernilai RM125.

Mereka juga berpeluang untuk menyertai dan menang dalam kempen Hari Raya Home Makeover yang bernilai hingga RM20,000.

BACA JUGA: Grab naikkan harga tambang per minit, ini yang perlu pengguna tahu

BACA JUGA: GrabPay galakkan penerimaan tanpa tunai dalam kalangan belia melalui ePemula

BACA JUGA: Guna GrabPay di pusat beli-belah AEON

Lebih manfaat untuk komuniti

Ujar Rashid lagi, pihaknya juga menawarkan GrabBenefits yang merupakan program manfaat untuk rakan dalam ekonomi gig.

Pemandu akan diberikan akses kepada peluang pekerjaan yang lebih berkualiti dan selamat serta perlindungan kewangan seperti pengurangan kos operasi, insurans, pembangunan profesional dan banyak lagi.

“Sebahagian daripada kempen Raya Lagi Mantap Bersama Grab, kami akan mengadakan acara Raya Sekampung Bersama Grab dengan rakan pemandu teratas kami di setiap bandar utama di Malaysia pada bulan Mei ini.

"Mereka bukan sekadar komuniti rakan-rakan kami, mereka adalah duta kami dan kerana mereka, Grab diwujudkan. Kami mahu memastikan usaha gigih dan ikhlas oleh rakan-rakan kami mendapat pulangan dan membawakan kehidupan yang lebih baik untuk mereka serta keluarga,” ujarnya lagi.

Menerusi usaha ini, Grab komited untuk menyokong rakan pemandunya dan memberi mereka peluang untuk memiliki dan menjimatkan lebih banyak wang semasa bulan Ramadan dan musim Raya.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.grab.com/my/driver/raya-lagi-mantap-bersama-grab/.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca