Berkhasiat untuk otak, gigi & usus, kurma buah terbaik ibu boleh ajar anak makan

puding kurmaaa
puding kurmaaa
A
A
A

Berkhasiat untuk otak, gigi & usus, kurma buah terbaik ibu boleh ajar anak makan

SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, kurma merupakan antara makanan sunnah yang dicari-cari umat Islam di seluruh dunia.

Bukan hanya menjadi tumpuan ketika berbuka puasa, kurma juga dijadikan amalan oleh sebilangan besar umat Islam ketika bersahur.

Kurma sememangnya mengandungi nutrisi yang baik untuk tubuh badan, kaya dengan kalori, karbohidrat, vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang menjadi pelindung daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Menurut Dr Mazliana Mazlan, kurma sangat bagus untuk anak-anak, buah yang kena ada di rumah, walaupun bukan bulan Ramadan.

"Kenalkan anak-anak kita dengan kurma. Cari kurma tanpa tambahan gula. Anak umur enam bulan dah boleh makan kurma. Masuk dalam bubur nasi anak boleh.

"Blend jadikan puree, sebagai pengganti gula. Calit sedikit kurma di lidah anak. Macam mana nak makan pun boleh," kongsinya.

Baca juga 3 langkah mudah buat Air Nabeez, Susu Kurma berkhasiat pemberi tenaga

Rasulullah SAW berbuka dengan kurma

Khasiat kurma untuk anak-anak;

1. Untuk otak anak

Ada kandungan potasium yang penting untuk perkembangan otak anak.

2. Untuk anak anemia

Tinggi kandungan iron, naikkan hemoglobin anak.

3. Untuk gigi anak

Kurma bantu kuatkan gigi dan gusi anak.

Baca juga Kulit rangup, inti sedap. Ini cara buat karipap daging kurma mak-mak wajib cuba

4. Untuk usus anak

Tinggi dengan fiber, elakkan anak sembelit.

5. Untuk tulang dan otot anak

Kurma ada kandungan kalsium, magnesium dan zink, penting untuk pertumbuhan tulang dan otot anak.

6. Untuk imuniti anak

Kurma tinggi antioksida, bantu lawan radang dan kuatkan imuniti anak.

Kita cuba sama-sama ya. Sediakan kurma selalu di rumah. Lebih-lebih lagi untuk Ramadan, lagi kena ada.

Sumber: Mazliana Mazlan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca