'Special sahur dan berbuka sama-sama’ — Mek Yun teruja berjaya puasa hari pertama dengan Mok dan Pok

No Image Caption
A
A
A

PERSONALITI media sosial Mek Yun menjadi perhatian warganet selepas berpuasa pada bulan Ramadan. Mek Yun atau nama penuhnya  Wee Yun Nee, 29, berkongsi kejayaannya itu turut dikongsikan ibu dan bapanya.

"Mekyun berjaya berpuasa pada hari pertama  bersama Mok dan Pok, yay! Lebih istimewa kerana kami berpeluang bersahur dan berbuka puasa bersama. Selamat berpuasa semua," titipnya semalam.

Melalui vlog, Mek Yun dan bapa, Brigedier Jeneral Datuk Wee Han Sie dan ibunya bersahur pada jam 5.30 pagi.

No Image Caption

Artikel berkaitan:

Dalam hantaran sama, Mek Yun turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua dan menitipkan doa agar Ramadan kali ini dipenuhi keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat setiap keluarga.

"Mekyun, semoga segala kebaikan yang kamu lakukan dibalas dengan yang lebih baik dan segala urusan dipermudahkan sepanjang bulan yang mulia ini," titipnya.

Malah menurut ibunya, berpuasa pada bulan Ramadan tidak asing biarpun bukan beragama Islam.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Mok sudah biasa dah berpuasa dengan kawan-kawan dan jiran dulu masa di kampung.

“Bulan puasa ini kita kena sibukkan diri baru tak fikir nak makan dan minum, kesabaran itu kan separuh daripada iman,” tutur ibunya yang berasal dari Lundang, Kota Bharu.

Manakala bapanya berkata, semangat perlu kuat untuk berjaya berpuasa sehingga ke akhir dan menahan diri daripada membatalkan ibadah itu.

Perkongsian Mek Yun menerima respons positif warganet yang terus memberikan sokongan untuk meneruskan puasa sepanjang bulan Ramadan.

Tahun lalu, Mek Yun pernah berkongsi cuba berpuasa walaupun tidak bertahan sehingga waktu berbuka.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang