Berlari-lari anak setiap hari mampu jauhi risiko penyakit kronik

SETIAP individu digalakkan untuk melakukan pergerakan fizikal atau bersenam untuk kekal sihat.

Sekurang-kurangnya melakukan senaman berlari-lari anak atau berjalan pantas (brisk walking).

Mungkin anda yang tertanya-tanya apakah kelebihan kesihatan daripada berlari-lari anak selama lima hingga 10 minit setiap hari?

Sememangnya banyak kelebihan yang mampu diraih untuk memberikan anda tahap kesihatan yang baik.

1. Dalam satu kajian mendapati bahawa mereka yang melakukan berlari-lari anak antara lima hingga 10 minit dapat menghindari dari pelbagai penyakit.

Baca juga Selalu kejang otot selepas bersenam. Ini sebab dan cara atasinya dengan mudah

berlari

 

2. Dengan berlari-lari anak dapat mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar, mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular.

3. Ia juga mampu mengurangkan risiko menghidap barah serta menjauhkan diri daripada menghidap penyakit neurologi seperti Alzheimer dan Parkinson.

4. Dalam panduan kesihatan American Health Association, setiap orang digalakkan melakukan aktiviti fixikal selama 2.5 jam setiap minggu atau berlari 30 minit selama lima hari dalam tempoh seminggu.

Selain mengekalkan kesihatan, ia juga dapat;

Iklan
  • Tidur yang lebih nyenyak
  • Meningkatkan mood yang baik
  • Meningkatkan fokus kerja

Baca juga Penting makan karbohidrat, protein sebelum mula bersenam. Ini jenis makanan yang kita kena tahu

kunci rahang nak kurus

Antara tip untuk melakukan brisk walking adalah;

  • Untuk elakkan kecederaan pastikan memakai kasut larian yang betul.
  • Tingkatkan jarak larian secara berperingkat.
  • Lakukan aktiviti memanaskan badan (warm-up) sebelum mula berlari.
  • Jaga postur badan semasa berlari.

Semoga bermanfaat.

Iklan

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!