PEMBERIAN suntikan dos penggalak sedang rancak dijalankan di seluruh negara.

Sehingga 24 Januari, 10,906,259 individu telah menerima suntikan berkenaan di seluruh negara yang melibatkan sebanyak 33.4 peratus populasi keseluruhan.

Pemberian dos penggalak adalah bertujuan untuk memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan virus SARS-CoV-2.

Ia juga berikutan saranan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan berlaku kemerosotan dalam gerak balas imun selepas satu tempoh tertentu selepas pengambilan vaksin.

Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan mempertimbangkan untuk melonggarkan lagi prosedur operasi standard (SOP) sekiranya proses vaksinasi Covid-19 di negara ini termasuk dos penggalak selesai.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri.

Berikut sembilan info penting berkaitan kelonggaran yang bakal dipertimbangkan:

1-Ismail berkata berkata perkara tersebut bagaimanapun tertakluk kepada keputusan dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

2-“Kita lihat kalau dua dos vaksin Covid-19 dan booster (penggalak) selesai, saya percaya kita boleh berikan sedikit lagi kelonggaran dan ini terpulang kepada KKM untuk berikan pandangan, “ katanya.

3-Ismail Sabri berkata sekiranya SOP terlalu ketat, ia memberi kesan kepada industri pelancongan negara.

Baca juga: Dulu baju, kuih, duit raya, kini dos penggalak termasuk persiapan Aidilfitri, langkah terbaik lindung diri, keluarga

4-Walaupun pelancongan domestik telah dibuka, pelancong antarabangsa masih belum dibenarkan masuk ke dan subsidi upah yang diperkenalkan masih diberikan kepada pemain industri pelancongan.

5-Menurutnya, sesetengah negara telah melonggarkan SOP untuk pelancong ke negara mereka dan perkara itu mungkin boleh dipertimbangkan.

Iklan

6-“Sebab itulah kita ingat kalau rakyat kita telah diberikan booster, kita boleh relaks sikit dari segi SOP,” katanya.

7-Ismail Sabri berkata ketika ini, kerajaan masih lagi berhati-hati dalam membuka sempadan negara berikutan kebimbangan jangkitan Covid-19.

8-Walaupun Laluan Perjalanan Vaksinasi Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia dan Singapura telah dilaksanakan serta perbincangan VTL dengan Indonesia dan Thailand telah dimulakan, namun berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat di luar negara, menyebabkan Malaysia masih menggantung pergerakan ke luar negara, katanya.

9-Beliau berkata pembukaan industri pelancongan antarabangsa akan dapat memulihkan ekonomi seterusnya menjadikan keadaan negara bertambah baik.

Iklan

Bagi mereka yang menerima dos primer, Pfizer, mereka disarankan dos penggalak daripada Pfizer atau AstraZeneca.

Manakala penerima dos primer AstraZeneca disarankan dos penggalak daripada Pfizer atau AstraZeneca.

Penerima dos primer pula akan menerima dos penggalak sama ada Pfizer, Sinovac atau AstraZeneca.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Baca juga: Status vaksin penerima Sinovac, individu 60 tahun ke atas tidak lengkap selagi belum suntik booster Februari 2022 – KJ

Sumber: Bernama, Covidnow, JKJAV