"Bermain hujan bagus untuk tubuh, tapi dengan syarat..." - Dr Zubaidi Ahmad

hujan
hujan
A
A
A

Jangan lupa follow kami di Instagram!

PASTI ramai antara kita mempunyai memori bermain hujan sehingga dimarahi ibu bapa. Masakan tidak majoriti orang tua beranggapan kononnya mandi hujan boleh menyebabkan demam dan selesema.

Malah, ada juga kepercayaan bahawa air hujan yang turun buat pertama kali selepas kemarau panjang mengandungi kuman yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Persoalannya, benarkah hujan akan membuatkan individu demam? Jika tidak, mengapa kita diminta mandi segera untuk mengelakkan demam?

Menurut Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad, tidak ramai doktor yang mampu menjawab persoalan tersebut.

"Banyak penjelasan mengapa individu yang dibasahi hujan akan mengalami demam selsema dan batuk terutamanya golongan kanak-kanak.

"Saya tertarik dengan satu penjelasan bahawa apabila dibasahi hujan ia menyebabkan tubuh akan berasa sejuk dan daya tahan menjadi rendah.

"Air hujan akan membawa virus dan bakteria yang berada di sekeliling melekat pada tubuh. Jadi mereka yang dibasahi hujan akan jatuh sakit jika daya tahan tubuh menjadi rendah.

"Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai daya tahan tinggi, hujan tidak menyebabkan seseorang itu demam, batuk atau selsema," kongsi beliau di laman sosial Facebook.

Aktiviti berbasikal ketika musim hujan, ini 5 tip yang perlu anda tahu

Kata Dr Zubaidi, hujan sebenarnya bagus untuk tubuh badan kita.

"Bermain dalam hujan sebenarnya bagus untuk tubuh dengan syarat hujan yang turun bukanlah hujan bersifat asid (kebanyakan hujan di kawasan perindustrian dibimbangi bersifat asid) dan daya tahan tidak lemah.

Baca juga Tiada lagi isu layanan dua darjat, suntik ‘vaksin angin’

"Antara punca daya tahan kita rendah adalah stres, kepenatan, tidak cukup rehat dan tidur.

"Ini termasuklah, tidak cukup minum air, kurang nutrisi seperti mineral dan vitamin dan mengambil terlalu banyak makanan dan minuman manis. Mereka lebih mudah mendapat demam apabila dibasahi hujan," ujar beliau.

Jadi terkena hujan bukanlah sesuatu yang boleh menyebabkan demam, tetapi secara kebetulan apabila kita sedang mengalami sistem pertahan atau daya tahan yang lemah.

Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca