Bapa Anis Nabilah, Aisya Hasnaa meninggal dunia pada 3 Ramadan
CEF selebriti, Anis Nabilah dan pelakon Aisya Hasnaa kehilangan bapa tercinta, Umaruddin Bin Yahya yang menghembuskan nafas terakhir pada 8.50 malam, Jumaat.
Berita duka pemergian itu dikongsikan di laman sosial Instagram.

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ayah saya, Umaruddin Bin Yahya telah kembali ke rahmatullah pada jam 8:50 malam, Jumaat, 20 Februari 2026, 3 Ramadan 1447H.
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu. Ya ALLAH, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.
"Mohon doa daripada semua untuk ayah saya," kongsinya.

Sementara itu, menerusi perkongsian adik mereka, Arinah Mastura, solat jenazah akan dilakukan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, SS19 Subang Jaya kira-kira jam 9.30 pagi.
Difahamkan, jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 , Subang Jaya, sejurus selepas itu.
Terdahulu, penyanyi rap Aman RA berkongsi keadaan kesihatan Allahyarham yang tenat pada Selasa.
"Lailahahillallah. Bapa mentua saya, Haji Umaruddin Bin Yahya sedang bertarung untuk hidupnya.
"Tolong doakan beliau. Ya ALLAH, ringankanlah ke atas kami sakaratulmaut," ujarnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
