HUJUNG minggu pertama Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang menyaksikan warga Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mengunjungi kawasan peranginan dan rekreasi.

Setelah sekian lama’ terkurung,’ terbatas pergerakan dan aktiviti, kini ramai keluar dari rumah untuk menikmati alam semulajadi bersama keluarga.

Antara kawasan yang mendapat perhatian ramai ialah taman Taman Saujana Hijau Putrajaya dan Pantai Bagan Lalang.

Seawal pagi, ruang parkir penuh memuatkan kenderaan para pengunjung di Taman Saujana Hijau Putrajaya.

Baca juga Peralihan Fasa, Longgar SOP Disambut Baik. Ramai Tunggu Kebenaran Rentas Negeri

Taman berkenaan dikunjungi pelbagai peringkat umur yang dilihat melakukan aktiviti seperti jogging dan bersiar-siar bersama keluarga.

Dalam pada itu, Perbadanan Putrajaya melalui laman sosial Facebook menasihatkan para pengunjung untuk sentiasa amalkan penjarakan fizikal dan mencuci tangan semasa beriadah.

Tidak hanya di taman awam, pantai juga menjadi lokasi yang boleh merehatkan minda.

Hari ini Pantai Bagan Lalang, Sepang juga dilihat turut menerima ramai pengunjung. Aktiviti perkelahan di pantai tersebut meriah sehingga tempat letak kereta juga penuh.

Orang ramai kelihatan mendirikan khemah masing-masing di tepi pantai. Walaupun cuaca panas terik, ia tidak menghalang sesetengah daripada mereka melakukan aktiviti-aktviti di persisir pantai.

Bagaimanapun, menerusi paparan Buletin 1.30, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kelihatan kurang diberikan perhatian di pantai tersebut seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Iklan

Wargamaya melahirkan kebimbangan terhadap fenomena yang sedang berlaku di lokasi rekreasi dan peranginan di Lembah Klang ketika ini.

Rata-rata risau sekiranya ia mencetuskan jangkitan terutama sekali kanak-kanak yang tidak menerima vaksin Covid-19.

Harus diingat, virus Covid-19 masih lagi berada di persekitaran udara setempat sekitar tiga jam dan jangka hayat separuhnya adalah sejam setengah.

Iklan

Malah ia boleh hidup pada pelbagai jenis permukaan sehingga berhari-hari lama.

Justeru, korang dinasihatkan untuk melakukan SOP walaupun telah diberikan kelonggaran untuk merentasi daerah pada Fasa Kedua PPN ini.

Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Jangan lupa lakukan perkara berikut untuk mencegah jangkitan di tempat awam:

  1. Elakkan dariapda mengunjungi tempat yang menjadi tumpuan ramai, sempit dan padat.
  2. Amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
  3. Memakai pelitup muka di tempat awam. Boleh juga memakai pelindung muka.
  4. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
  5. Amalkan kebersihan diri yang sempurna sepanjang masa seperti menutup mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin.
  6. Elakkan perbualan dengan jarak dekat (kurang dari satu meter).

Follow kami di Instagram!

Sumber; Buletin TV3, Perbdanan Putrajaya