BERITA baik buat warga Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya apabila kerajaan bersetuju membenarkan peralihan Fasa 2 berkuat kuasa Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan fasa itu sekali gus membolehkan tiga negeri itu dibenarkan rentas negeri dan tiada lagi sekatan jalan raya.

Penduduk boleh menikmati kelonggaran sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki fasa itu seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Antara aktiviti yang dibenarkan;

1. Pergerakan rentas daerah dibenarkan bagi mereka lengkap vaksinasi.

2. Pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin dibenarkan untuk merentas negeri.

3. Ibu bapa yang mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

4. Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin.

5. Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan homestay bagi individu yang lengkap dua dos.

Peralihan fasa, longgar SOP disambut baik. Ramai tunggu kebenaran rentas negeri

Iklan

Perdana Menteri berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 juga turut bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi, untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1 bermula Jumaat ini.

Antaranya;

1. Membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium kepada individu yang lengkap dua dos vaksin.

2. Bagi Fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor), ia dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang lengkap divaksin, manakala penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP.

Iklan

3. Bagi sektor perdagangan dan pengedaran; perniagaan kedai bunga/nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan akan mula dibenarkan beroperasi mulai tarikh sama bagi negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1.

4. Sementara itu bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa 2 dan Fasa 3, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser, dan salon kecantikan dibenarkan.

Menjengah ke laman sosial, rata-rata warga maya menyambut baik peralihan fasa dan kelonggaran SOP yang diberikan namun ramai antara mereka lebih mengharapkan kebenaran rentas negeri bagi menziarahi ibu bapa di kampung.

Ujar mereka;

“Aku hanya nak rentas negeri dah dekat dua tahun tak balik kampung sebab kita patuh arahan kerajaan tak nak salah guna surat kebenaran.”

“Harapnya dapatlah merentas negeri bagi yang dah cmmplete dos. Ibu bapa kat kampung pun dah complete dah. Harap di pertimbangkanlah.”

Baca juga Tonton wayang, ‘busking’ antara aktiviti dibenarkan bermula 9 September

“Tolonglah segerakan kebenaran rentas negeri untuk yang dah dua vaksin, susahlah nak buat urusan apa nak kena pergi ambik cop kat balai polis semua.”

“Abah dah tak ada… sedih lak rasa hati bila boleh rentas daerah tapi orang yang selama ni aku tunggu-tunggu nak jumpa dah tak ada.”

“Bagi saya ini bukan yang dinanti cuma saya nak rentas negeri melawat ibu bapa. Wayang, stadium, gym bukan tempat saya.”