BINTANG muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta detik sejarah negara di New Delhi!

Pelumba berusia 19 tahun itu memenangi pingat emas acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, India semalam.

Kejayaan itu secara tidak langsung detik bersejarah buat negara apabila Nurul Izzah juga berjaya mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan tersebut apabila melakarkan catatan masa 35.499 saat (s) di Velodrom Kompleks Indira Gandhi.

Nurul Izzah yang berusia 19 tahun adalah pelumba muda yang baru saja diserap dalam pasukan kebangsaan namun sudah menunjukkan peningkatan yang cukup positif.

Mengikut rekod, pada penyertaan sebelum ini menyaksikan Malaysia hanya membawa pulang pingat perak yang dimenangi oleh Fatehah Mustapa pada 2008 dan 2015.

Menurut portal rasmi kejohanan, pencabar terdekat Kim Bomi dari Korea Selatan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 36.374s manakala wakil tuan rumah, Mayuri Dhanaraj di tempat ketiga dengan masa 36.481s.

Pelumba Olimpik, Muhammad Shah Firdaus Shahrom pula meraih pingat perak dalam acara akhir keirin lelaki selepas tumpas kepada pelumba Jepun, Kohei Teraski manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.

Seorang lagi pelumba keirin negara, Fadhli Zonis hanya mampu mengakhiri saingan di tempat ketujuh.

Baca juga 42 tahun kemarau kelayakan Piala Asia berakhir, kenali 4 penyumbang gol, wanita pun perlu ambil tahu

Bintang muda berbasikal, Nurul Izzah cipta sejarah di New Delhi, 5 info kejayaan
IZZAH (tengah) menamatkan penantian emas negara dalam acara 500m ujian masa di ACC. FotoMajlis Sukan Negara

Sementara itu, ini pencapaian Nurul Izzah Izzati;

Nurul Izzah Izzati lahir pada 11 September 2003 di Jitra, Kedah.

Pencapaian;

Iklan

1. Johan – Kejohanan Lebuhraya Kebangsaan 2020.

2. Johan – Kriterium Siri 1 Yayasan CIMB 2020, Kelantan, Kategori Remaja Wanita B-19 tahun.

3. Johan – Kriterium Siri 1 Yayasan CIMB 2020, Kelantan, Kategori Terbuka Wanita.

4. Johan – Kejohanan Lebuhraya Remaja Kebangsaan Yayasan CIMB 1/2020, Kategori Remaja Wanita B-19 tahun.

Iklan

5. Tempat ketiga – Kejohanan Ujian Masa Remaja Kebangsaan Yayasan CIMB 1/2020, Kategori Remaja Wanita B-19 tahun.

Tahniah anak muda! Semoga makin cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.