Bisnes mikro & kecil terkecuali, 3 info penting caj urus niaga guna DuitNow QR

Caj RM1 QR DuitNow bermula 1 November buat ramai tak puas hati, 15 fakta anda perlu tahu (1)
Caj RM1 QR DuitNow bermula 1 November buat ramai tak puas hati, 15 fakta anda perlu tahu (1)
A
A
A

Bisnes mikro & kecil terkecuali, 3 info penting caj urus niaga guna DuitNow QR

ISU pengenaan yuran transaksi QR DuitNow ke atas peniaga mulai 1 November ini mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna.

Masakan tidak, ramai yang menyuarakan kebimbangan caj tersebut akan mendorong kepada kenaikan harga barangan.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), ini info yang perlu anda tahu;

1. Bank utama mengambil langkah sewajarnya dengan memberikan pengecualian fi urus niaga ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.

2. Penolong Gabenor BNM, Suhaimi Ali dalam satu kenyataan berkata, bank berkenaan juga menguruskan lebih 80 peratus daripada perniagaan yang menerima pembayaran melalui DuitNow QR.

3. Ujarnya, bagi individu pula, pelanggan kekal tidak dikenakan sebarang caj bagi pembayaran yang tidak melebihi RM5,000 melalui DuitNow QR. Ia adalah satu jumlah yang agak besar untuk urus niaga individu.

Baca juga Caj QR DuitNow bermula 1 November buat ramai tak puas hati, 15 fakta anda perlu tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kegusaran yang timbul susulan pengenaan fi urus niaga untuk perkhidmatan DuitNow QR.

Selain itu, Suhaimi turut menasihatkan orang ramai untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan kewangan.

Baca juga Jom buat sendiri QR Code MySejahtera, mudahkan tetamu imbas ketika berkunjung

BNM meminta institusi perbankan untuk melaksanakan langkah tambahan untuk menyekat penipuan kewangan seperti peralihan daripada menggunakan kata laluan sekali sahaja atau lebih dikenali sebagai OTP yang berasaskan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kaedah yang lebih selamat apabila membuat pindahan wang secara dalam talian.

Menurutnya, Pusat Respons Scam Kebangsaan juga sudah ditubuhkan dengan talian hotline 997 berfungsi untuk menyelaras tindak balas pantas bagi membanteras penipuan kewangan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca