TAHUN ini merupakan tahun kedua kita beraya dalam norma baharu ekoran penularan pandemik Covid-19.

Mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN), QR Code MySejahtera diperlukan untuk memastikan penularan wabak ini terkawal.

Tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan QR Code MySejahtera atau menyediakan buku bagi mencatatkan nama dan nombor telefon tetamu.

Perkongsian daripada salah seorang pengguna media sosial baru-baru ini boleh dimanfaatkan apabila beliau mendedahkan cara mendaftar QR Code MySejahtera.

Baca juga Hasrat Beraya Di Kampung Punah, Tahun Kedua Tidak Boleh Rentas Negeri. Ikuti SOP Hari Raya Aidilfitri

“Kepada rakan-rakan nak buat QR Code untuk raya, majlis perkahwinan atau kedai yang belum sign up QR CODE lagi, di sini saya nak share caranya.

“Senang sangat tau. Dengan QR Code juga, kita dapat memudahkan tetamu nanti, nak datang majlis atau kedai terus scan sahaja dengan menggunakan sistem MySejahtera.

Korang hanya perlu mengikuti enam langkah seperti berikut:

Iklan

Langkah 1

Klik link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin

Langkah 2

Tunggu kod pengesahan dihantar menerusi pesanan ringkas di telefon pintar.

Langkah 3

Isi kod yang dihantar menerusi telefon.

Langkah 4

Isi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor telefon untuk dihubungi, alamat dan sebagainya.

Langkah 5

Korang akan dapat QR Code yang diperlukan.

Langkah 6

Sekiranya sudah siap melakukan langkah-langkah ini dan korang perlu kemaskini lokasi atau nak dapatkan semula QR Code tersebut, maka klik link di Langkah 1.

Log in, masukkan password dan boleh kemaskini semula maklumat yang berkenaan.

Mudah sahaja kan? Untuk pengetahuan korang, MKN mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera di semua tempat awam, premis perniagaan, pejabat, masjid dan rumah-rumah ibadat.

Iklan

Semua premis juga diwajibkan untuk mendaftar dengan aplikasi MySejahtera. Pengecualian diberikan bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai capaian internet khususnya di kawasan kampung dan pedalaman.

Sumber: Normaziela Miela