BISUL adalah benjolan pada bahagian kulit dan di dalamnya mengandungi nanah.

Selalunya ia disebabkan jangkitan kuman pada liang roma yang tersumbat.

Bisul boleh tumbuh pada mana-mana bahagian badan namun timbul pada bahagian belakang badan, dada dan juga bahagian pinggul.

Ia juga boleh tumbuh pada bahagian yang mempunyai bulu seperti bahagian ketiak dan kawasan kemaluan.

Kebanyakan masalah ini selalunya tidak berbahaya dan akan baik dengan sendirinya.

Antibiotik krim yang boleh didapati di farmasi boleh merawat masalah tersebut jika ia tidak terlalu serius.

Jika terlalu besar, prosedur untuk mengeluarkan nanah dari kawasan tersebut mungkin perlu dilakukan.

Terdapat dua punca yang menyebabkan bisul iaitu;

1. Jangkitan bakteria

Selalunya ia dijangkiti bakteria Staphylococcus Aureus.

Risiko untuk menghadapi masalah ini akan lebih jika korang;

  • Berada bersama dengan mereka yang mempunyai masalah ini.
  • Penyakit kulit yang kronik seperti ekzema dan jerawat.
  • Kencing manis.
  • Pesakit yang mengalami fungsi imun sistem yang kurang seperti mereka yang mengalami jangkitan HIV.
  • Mereka yang tidak mengamalkan kebersihan.

2. Jangkitan folikel

Folikel adalah kawasan tumbuhnya bulu ataupun rambut. Ia boleh terjadi selepas mencukur bulu kerana ia mendedahkan kuman di atas kulit untuk masuk kawasan tersebut.

Selalunya, masalah ini dapat sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa rawatan.

Tetapi, segeralah berjumpa dengan doktor jika korang mengalami tanda-tanda ini;

  1. Pesakit adalah kanak-kanak Umur anda lebih dari 65 tahun
  2. Anda mempunyai sistem imun yang lemah sebagai contoh mereka yang mempunyai HIV dan kanser
  3. Baru sahaja menjalani kemoterapi
  4. Bisul terletak pada bahagian muka dan tulang belakang
  5. Bisul tersebut terlalu besar
  6. Bisul tersebut tidak baik selepas seminggu
  7. Kawasan di sekeliling bisul menjadi sangat merah dan sakit

Namun, korang juga perlu tahu bahawa dalam sesetengah kes, bisul boleh menyebabkan komplikasi yang teruk seperti;

Iklan
  • Jangkitan tersebut merebak ke dalam darah
  • Jangkitan tersebut merebak ke dalam jantung
  • Jangkitan tersebut merebak ke kawasan kulit yang lain
  • Jangkitan pada bahagian tulang (osteomyelitis)

Baca juga 3,000 sukarelawan diperlukan untuk ujian vaksin Covid-19

Jadi, cara berkesan untuk mengelakkan bisul ini tumbuh adalah mengurangkan jangkitan yang disebabkan bakteria Staphylococcus iaitu:

Iklan
  • Selalu membasuh tangan anda.
  • Basuh dengan bersih kawasan luka walaupun luka tersebut kecil.
  • Elakkan berkongsi barang terutamanya tuala, pencukur,baju dan juga alat kosmetik.
  • Jika anda mempunyai luka, sentiasa basuh tuala anda dengan bersih.

Semoga bermanfaat.

Sumber: thediagnosa