UMUM maklum aplikasi MySejahtera mula diwujudkan selepas negara dilanda penularan Covid-19.

Ia dibangunkan kerajaan untuk membantu pengawasan penularan wabak di dalam negara, sekali gus memudahkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Aplikasi itu juga turut sentiasa ditambah baik dengan pengenalan beberapa ciri baru.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan fungsi baru pada aplikasi itu yang membolehkan pengguna mengajukan aduan mereka kepada pihak berwajib dalam beberapa langkah mudah.

Orang ramai kini boleh melaporkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh individu atau premis kepada pihak berkuasa melalui aplikasi MySejahtera.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkongsi perkara tersebut melalui ciapan Twitter yang disertai klip video pendek menunjukkan cara aduan dibuat.

Dalam versi bahasa Melayu MySejahtera, akan ada butang baru ‘Aduan’, yang akan membawa pengguna ke halaman lain untuk mereka memilih jenis pelanggaran yang ingin mereka laporkan.

Denda RM1,000 jika gagal imbas MySejahtera di stesen minyak

Warga prihatin boleh membuat aduan;

1. Pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal)

Iklan

2. Pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan)

3. Pelanggaran perintah kuarantin dan

4. Isu-isu lain.

Iklan

Baca juga Beri notis gangguan air 13 hari lebih awal, Air Selangor raih perhatian warga maya

Menerusi kemudahan baharu yang akan dilancarkan dalam waktu terdekat ini, pengadu juga boleh memuat naik gambar sebagai bukti aduan pelanggaran SOP.

Justeru, manfaatkanlah sebaiknya! Inilah masanya orang ramai bantu pihak berkuasa melaporkan kejadian pelangaran SOP.

Moga langkah ini juga dapat mendisiplinkan masyarakat agar lebih waspada mematuhi SOP setiap masa bagi memutuskan rantaian Covid-19.