Bongsai kelapa kini viral, cecah harga RM350 sepokok

A
A
A

JIKA korang seorang pecinta tanaman, pasti tidak terlepas dengan koleksi bongsai kelapa ini.

Sebelum ini dikatakan tanaman bongsai kelapa menjadi tular di negara jiran, namun kini ia turut menjadi pilihan buat masyarakat kita.

Biasanya kita dengar tanaman bongsai hanya untuk pokok bunga kertas, pine, siantan dan sebagainya.

Rupanya, bongsai kelapa ini sangat cantik selain ia amat berbeza daripada bongsai-bongsai lain.

Bentuknya yang unik tidak terlalu besar akan menjadikan laman rumah kelihatan gah, selain ia juga sesuai dijadikan pelengkap deko di dalam rumah.

Difahamkan proses pembuatan bonsai kelapaagak rumit dan memakan masa yang lama sekitar 30 hari.

Ia diperbuat daripada buah kelapa yang telah tua. Kulit dan sabut dibukakan hingga tempurungnya licin. Kemudian perlu digosokkan dengan kertas pasir dan dicat.

Selepas kelihatan licin, tempurung ditanam di tanah untuk proses pertumbuhan tunas dan akar. Kedudukan ketika tanam adalah bergantung kepada kreativiti sama ada nak lihat tunas tumbuh menegak atau condong terpulang.

Bongsai kelapa kini viral, cecah harga RM350 sepokok

Pertumbuhan akar dijangka dalam 25 hari dan proses terakhir memindahkan tanaman tempurung di dalam takungan air bagi memastikan akar dan tunas kukuh.

Selepas semuanya selesai, barulah tempurung ini dihiaskan di pasu kecil dengan sedikit tanah.

Hasil menjengah ke beberapa laman niaga dalam talian, bongsai kelapa ini dijual sehingga mencecah RM350 sepokok.

Baca juga Signal perut berbunyi ketika lapar, ini fakta sains yang perlu anda terokai

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca