BANJIR besar yang melanda negara melibatkan beberapa negeri baru-baru ini amat memberi impak besar kepada rakyat.

Bukan sahaja nyawa yang terancam, kenderaan tenggelam, namun harta benda juga mengalami kerosakan yang teruk.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sudah pastinya mangsa banjir kini memerlukan barangan yang baru untuk keperluan rumah dan sekali gus perlu membelanjakan wang yang banyak.

Atas keperihatinan tersebut, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menawarkan kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir iaitu pembiayaan peribadi bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

Baca juga: Info ringkas rebat barangan elektrik buat mangsa banjir bermula 7 Januari

BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan jumlah pembiayaan (pinjaman) sehingga RM10,00 pada kadar 0% untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium selama 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulan.

Cara mohon:

  • Mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir seluruh Malaysia sebelum ini boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian bermula 27 Disember 2021.
  • Boleh layari laman web rasmi BSN iaitu www.bsn.com.my
  • Selain itu, jika tidak mempunyai akses internet, boleh juga mohon secara manual dengan kunjungi cawangan BSN seluruh Malaysia atau berdekatan.

Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah;

Iklan
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
  • Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/ JKKK/ laporan polis berkenaan rumah yang terjejas tersebut.

Baca juga Baucar RM1,000 untuk rosak total, kemudahan, diskaun baik pulih kenderaan mangsa banjir, 5 fakta perlu tahu

Status permohonan

Iklan
  1. Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem khidmat pesanan ringkat (SMS).
  2. Selain itu, pemohon juga boleh semak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi BSN.

Jika ada sebarang persoalan, boleh hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 1300-88-1900.

Semoga bermanfaat.