Info ringkas rebat barangan elektrik buat mangsa banjir bermula 7 Januari

A
A
A

BANJIR adalah bencana alam yang selalu berlaku di negara kita menyebabkan kerugian berjuta ringgit.

Bukan sahaja nyawa melayang dan terancam, harta benda pun banyak yang rosak.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Justeru, bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat musibah banjir, kerajaan mengumumkan program rebat bagi pembelian barangan elektrik bernilai RM500 khusus bagi mangsa banjir terjejas bermula 7 Januari ini.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ini info mengenainya;

1. Program berkenaan dikendalikan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 80,000 isi rumah.

2. Buat masa ini, sebanyak 1,400 premis terbabit dalam program rebat pembelian barangan keperluan elektrik itu.

Info ringkas rebat barangan elektrik buat mangsa banjir bermula 7 Januari

3. Pihaknya mengarahkan supaya senarai premis ini ditambah bagi memudahkan mangsa banjir mendapatkan rebat belian itu khususnya yang menetap di kawasan luar bandar.

4. Selain melalui kedai barangan elektrik, rebat belian ini juga boleh digunakan bagi pembelian menerusi platform beli-belah dalam talian seperti Shoppe, Lazada dan PG Mall.

5. Senarai mangsa banjir yang layak untuk program rebat ini dikatakan akan diperolehi daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Baca juga Baucar RM1,000 untuk rosak total, kemudahan, diskaun baik pulih kenderaan mangsa banjir, 5 fakta perlu tahu

6. Kerajaan dijangka berkongsi lanjut berkaitan program rebat ini menjelang tarikh 7 Januari 2022 ini.

Semoga ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi mereka yang diuji dengan banjir.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca