APABILA tiba cuti panjang, banyak aktiviti konvoi melibatkan kereta atau motosikal dianjurkan kelab-kelab permotoran.

Ketika berkonvoi peserta berpeluang berjumpa rakan-rakan yang mempunyai hobi, minat atau memiliki kenderaan yang sama.

Bagaimanapun baru-baru ini tular video berdurasi 21 saat itu yang memaparkan kumpulan konvoi kereta mewah memberhentikan kenderaan mereka di tengah-tengah lebuh raya sehingga mengundang kemarahan pengguna jalan raya yang lain.

Baca juga: 4 etika konvoi yang perlu tahu, hadapi detik cemas

Insiden yang pada awalnya didakwa warga maya bagi menghasilkan ‘content’ itu rupanya terjadi susulan perlanggaran apabila sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger melanggar salah sebuah kereta konvoi terbabit.

Ketua Polis Daerah IPD Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow dalam kenyataannya di laman sosial Facebook mengesahkan kejadian berlaku pada 6.10 petang pada 18 Mac di Kilometer 34, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Susur Keluar Sedenak, Johor.

“Pemandu Ford Ranger yang cuba memotong motokar Lamborghini secara ‘zig-zag’ telah menyebabkan perlanggaran dengan salah satu Lamborghini ketika cuba memasuki lorong kiri.

“Disebabkan perlanggaran tersebut kumpulan konvoi Lamborghini tidak berpuas hati dan berhenti di tengah lebuh raya,” katanya.

@hafizgenn Reply to @hafizgenn ♬ original sound – mohd hafiz

Kejadian itu tersebut menyebabkan berlaku perselisihan faham antara pemandu Ford Ranger berkenaan dan kumpulan konvoi terbabit di lokasi kejadian.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh) dan boleh membawa kepada hukuman dua tahun penjara atau denda jika disabit kesalahan.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika disabit kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum lima tahun serta denda maksimum RM15,000.

Sebelum ini, kejadian melibatkan seorang individu bertindak sebagai marsyal konvoi motosikal berkuasa tinggi mengawal lalu lintas di sebuah persimpangan lampu isyarat di Lebuh Raya Seremban – Port Dickson tular.

Susulan itu polis menahan lima lelaki manakala motosikal berkuasa tinggi dan aksesori yang digunakan semasa konvoi dirampas.

Iklan

Baca juga: Tular Video ‘Marsyal’ Kawal Lalu Lintas Cetus Amarah, Dijejaki Polis

Baca juga: Marsyal Konvoi Berlagak Polis, 2 Ditangkap, 3 Serah Diri, 5 Motosikal Termasuk Harley Davidson, Yamaha Tracer 900 GT Dirampas

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI