BARU-BARU ini tular di laman sosial sebuah video menunjukkan seorang individu bertindak sebagai marsyal mengawal lalu lintas di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Tindakan marsyal tersebut yang mengawal dan memberhentikan kenderaan awam mencetuskan amarah ramai dan dikritik kerana mengganggu pengguna jalan raya lain.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ujar mereka;

“Kalau aku jadi macam ini, aku akan tahan marsyal dan tanya lesen marsyal ada ke tak. Cara salah, ambil dia lorong, paksa kereta jalan dan konvoi nampak berterabur.”

“Pihak kerajaan dah kena letak satu undang-undang untuk mereka yang berkonvoi ini. Letak syarat yang kena mohon polis bantuan supaya mereka tak sewenang-wenangnya berkuasa di jalan raya. Guna saluran yang betul.”

“Sesuka hati kau sahaja, lain la kalau ada polis pengiring. Hobi pun tapi jangan menyusahkan orang. Ikut undang-undang, lampu merah kena berhenti walaupun kau 1,000 buah kat situ.”

polis

Dipercayai kejadian itu di satu persimpangan lampu isyarat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed, ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tujuan tindakan marshal dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak dalam konvoi bagi melepasi lampu isyarat.

Iklan

Menerusi satu kenyataan, ujarnya geng motosikal itu bergerak dari Lebuh Raya Seremban – Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.

Baca juga Tinggal anak dalam kenderaan denda RM50,000 atau penjara tak lebih 20 tahun bakal menanti

Iklan

Tegasnya, peserta konvoi kenderaan tidak boleh membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal, melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota atau pegawai polis kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79(2)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya lanjut, sesiapa yang mmmiliki maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menghubungi IPD Port Dickson di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222.