Bukan sekadar berhibur & shopping 108 jam tanpa henti, festival jualan raya ini bawakan qiamullail, selawat sebelum sahur

BERSEDIA untuk gempak raya terbesar tahun ini? Selangor Havoc Raya Fest 2025 bakal bikin kecoh dengan festival jualan raya paling epik selama 108 jam tanpa henti! Dari 21 hingga 25 Mac 2025, Setia City Convention Centre (SCCC) akan jadi destinasi wajib untuk shopping, hiburan, dan aktiviti penuh vibe Ramadan.
Bayangkan lebih 180 booth usahawan tempatan berkumpul, menawarkan segala keperluan raya dari baju, kasut, aksesori, makanan, sampul duit raya, hinggalah ke wangian eksklusif. Ini bukan sekadar tempat shopping, tapi medan berkumpul untuk rasa kemeriahan Aidilfitri lebih awal!

Tak cukup dengan tu, 30 artis dan pempengaruh popular bakal turun padang, memeriahkan festival dengan persembahan gempak sepanjang lima hari. Shopping sambil layan show artis? Memang puas hati!
Nak lagi best? Pengunjung terawal hari pertama festival bakal dihadiahi RM10,000 sebagai tanda penghargaan! Tak cukup dengan tu, ada cabutan bertuah dengan hadiah lumayan sepanjang festival. Siapa datang awal, dia untung!
Selain hiburan dan jualan, festival tahun ini tampil lebih bermakna dengan elemen spiritual. Ada sesi selawat, qasidah, dan buat pertama kalinya, qiamullail sebelum sahur.
Mengisi rohani
Menurut Datuk Firdaus Nadxaman, Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, mereka mahu festival ini bukan sekadar pesta shopping, tetapi juga peluang untuk menghayati Ramadan dengan lebih mendalam.

“Kami bawakan sesuatu yang lebih istimewa tahun ini. Dengan 108 jam tanpa henti, pengunjung bukan sahaja boleh shopping dan berhibur, tapi juga mengisi rohani. Qiamullail sebelum sahur adalah inisiatif baru yang kami sangat banggakan, kerana ia menyatukan elemen duniawi dan ukhrawi dalam satu acara,” katanya.
Nak feeling raya lebih awal? Havoc Festival juga melancarkan lagu raya pertama mereka berjudul ‘Havoc Raya’! Lagu ini dinyanyikan oleh Black Hanifah, bersama barisan artis seperti Asfan Shah, Syura Badron, Azza Elite, dan ramai lagi. Muzik video rasmi lagu ini dijangka jadi tarikan utama dan menceriakan suasana Aidilfitri tahun ini.
Penganjuran Selangor Havoc Raya Fest 2025 turut mendapat sokongan kuat daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) & Tourism Selangor, serta tajaan utama dari Perfume Paradise. Kerjasama ini membuktikan festival ini bukan sekadar medan jualan, tetapi juga platform untuk memperkasakan usahawan tempatan dan menyemarakkan suasana Ramadan serta Aidilfitri.
Jadi, kalau nak shopping raya dengan pilihan terbaik, hiburan menarik, dan aktiviti penuh vibe Ramadan, Selangor Havoc Raya Fest 2025 adalah tempatnya! Jumpa di SCCC dari 21 hingga 25 Mac 2025!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang