SEJAK negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, orang ramai dapat menikmati kemudahan pengecualian caj RM1 yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Bagaimanapun, caj akan kembali berkuatkuasa mulai 1 Februari. Ia telah diumumkan oleh CIMB Malaysia pada 15 Disember lalu menerusi laman sosial rasminya.

“Berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di ATM atau mesin layan diri bukan CIMB Bank atau CIMB Islamic.

“Anda (pelanggan) masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM atau mesin layan diri CIMB,” katanya.

Baca juga: Caj Pengeluaran ATM Antara Bank RM1 Kembali Dikenakan Bermula Februari 2022

Selain CIMB, Maybank turut mengeluarkan kenyataan yang sama mengenai caj pengeluaran RM1 antara bank yang akan mula berkuat kuasa pada tarikh sama.

“Dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj pengeluaran RM1 antara bank di ATM akan dikembalikan.

Iklan

“Bagi pelanggan Maybank boleh terus melakukan transaksi pengeluaran tunai di ATM Maybank secara percuma,” katanya.

Difahamkan selain dua bank tersebut, Citibank, Kuwait Finance House turut mengeluarkan notis bahawa caj pengeluaran wang antara bank akan dikenakan semula bermula tarikh tersebut.

Iklan

Baca juga: Cara tukar duit raya di mesin ATM, mudah dan cepat! 

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Sinarplus