Caltex tawarkan pulangan RM8 untuk bayaran minima RM30 melalui ShopeePay

A
A
A

SALAH satu kelebihan menggunakan dompet digital adalah pulangan tunai dan diskaun yang ditawarkan melaluinya.

Terbaharu, untuk bulan Mac 2021 ini, pihak Caltex Malaysia dan juga ShopeePay menawarkan pulangan tunai sehingga RM8 untuk belanja minima RM30 untuk isian petrol di Caltex.

Mulai 1 Mac 2021, semua pengguna Shopee yang telah mengaktifkan e-dompet ShopeePay pada aplikasi mudah alih Shopee mereka berhak menikmati promosi khas ini yang terhad kepada dua penukaran setiap pengguna.

ShopeePay adalah e-dompet rasmi Shopee yang dilesenkan sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia untuk membolehkan pengguna membuat pembayaran tanpa sentuhan di luar talian dengan selamat untuk menikmati potongan harga dan promosi tunai.

Caltex tawarkan pulangan RM8 untuk bayaran minima RM30 melalui ShopeePay

Hanya pergi ke stesen Caltex terdekat korang untuk mendapat hadiah promosi Cashback RM8 yang luar biasa ini dengan ShopeePay hari ini!

Tawaran Pulangan Tunai ShopeePay RM8 di Caltex ini sah pada 1 Mac hingga 30 April sahaja.

Dengan langkah ini, selain mengalakkan pengguna menggunakan transaksi nirtunai, pada masa yang sama pengguna turut boleh menikmati pulangan dan penjimatan ketika mengisi minyak di Caltex.

Baca juga KWSP umum permohonan i-Sinar sebelum 25 Februari terima bayaran hari ini

Penawaran ini terhad kepada dua pulangan untuk setiap pengguna dan sehingga RM500,000 ditebus melaluinya.

Caltex tawarkan pulangan RM8 untuk bayaran minima RM30 melalui ShopeePay

Caltex tawarkan pulangan RM8 untuk bayaran minima RM30 melalui ShopeePay

Maklumat lanjut boleh dapatkan di www.caltex.com.my

Jadi korang, jangan tunggu lagi! Ayuh rebut peluang penjimatan yang ditawarkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca