BAGI golongan ibu tunggal di Malaysia, anda kini boleh memohon Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) sebanyak RM300 secara online.

Melalui insentif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 5 Jun lalu, Bantuan Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.

Pemberian bantuan ini akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.

Berikut syarat kelayakan dan cara daftar permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang perlu anda tahu.

Kategori pemohon:

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:

Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;

2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau

3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Artikel berkaitan: ‘Aku budak pasar… aku mencari rezeki halal buat diri dan keluarga’ – Amat

Syarat kelayakan:

Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran yang ditetapkan.

Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

Cara daftar permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 secara ‘one-off’
Cara daftar permohonan bantuan khas ibu tunggal:

1. Masuk ke web https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/

2. Sila isi borang mengikut negeri pemohon.

3. Pemohon perlu log masuk ke akaun Google untuk mengisi borang permohonan.

4. Lampirkan dokumen sokongan bersama-sama dengan Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

MUAT TURUN BORANG DI SINI

5. Borang yang telah lengkap boleh dihantar secara serahan tangan atau melalui pos ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri masing-masing.

Bagi pemohon yang menetap di Selangor, anda boleh menghantar borang ke alamat berikut:

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor, Tingkat 7 Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Tarikh akhir memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal pada 31 Oktober 2020.

Iklan

Semakan keputusan & tarikh bayaran

Sekiranya layak, penerima akan menerima bantuan RM300 secara one-off (sekali gus) melalui akaun bank masing-masing.

Tarikh pembayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal bermula Julai hingga November 2020.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/ dan follow Facebook Jabatan Pembangunan Wanita untuk sebarang update terkini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi nombor yang tertera di bawah ini.

  • 03-8323 2162
  • 03-8323 2149
  • 03-8323 2135
  • 03-8323 2138

Anda juga boleh mendapatkan maklumat selanjutnya dengan menghantar e-mel ke alamat infojpw@jpw.gov.my

INFO:

Definisi Ibu Tunggal

Iklan

Menurut Jabatan Pembangunan Wanita, ibu tunggal dapat ditakrifkan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai /berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;

Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami yang tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama atau;

Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak iaitu anak angkat atau anak tidak sah taraf.

Oleh itu, jika seseorang wanita itu tergolong di dalam salah satu kriteria di atas, maka mereka layak dipanggil ibu tunggal dan layak untuk menerima bantuan ibu tunggal.

Ini termasuklah Bantuan Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 yang diberikan kerajaan untuk mereka yang tergolong sebagai ibu tunggal.