JIKA sebelum ini, untuk pengeluaran wang Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham
Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 atau lain-lain, kita perlu beratur di Pejabat Pos, bank serta kios Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk mengeluarkan duit.

Mungkin ramai di antara kita masih belum mengetahui bahawa bermula pada 20 April 2020, pemegang unit ASB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online.

Ianya memudahkan orang ramai membuat pengeluaran secara online di mana kita hanya
perlu masuk ke web rasminya www.myasnb.com.my

Namun sedikit kecewa, had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, sahaja.

Pengeluaran ASB ini boleh dilakukan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.

Jumlah transaksi dibenarkan hanyalah sebanyak 3 kali sebulan.

Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

Tambah lagi, masa pengeluarannya tidak boleh semborono kerana ASNB memberi masa untuk membuat transaksi.

Artikel berkaitan: ‘The Emerald Pool of Perlis’, lokasi menarik yang sangat instagramable

Masa dibenarkan buat pengeluaran ialah:

  • Unit Amanah Harga Tetap : 7 pagi – 6 petang (Isnin hingga Ahad*)
  • Unit Amanah Harga Berubah : 7 pagi -4 petang (Isnin – Ahad*)

* kecuali cuti umum

Iklan

Wang juga akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya ke akaun anda seperti Maybank, CIMB, Hong Leong dan sebagainya.

OK ini langkah-langkah untuk buat pengeluaran ASB secara online:

  • Klik laman web rasmi www.myasnb.com.my
  • Ada dua pilihan bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan English
  • Pilih BM iaitu Bahasa Melayu
  • Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
  • Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
  • Klik Teruskan
  • Akan keluar satu frasa keselamatan. Jika ini bukan frasa keselamatan yang anda pilih, jangan teruskan urusniaga. Klik Tidak.
  • Jika ini ialah frasa keselamatan yang anda piliah, klik Ya.
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik menu Portfolio
  • Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan
  • Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi
  • Klik butang Transaksi
  • Pilih Jualan Balik
  • Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
  • Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum
    sebelum meneruskan transaksi.
  • Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan
    Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua
    notis dalam semua perkara di atas.
  • Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
  • Maklumat ini akan terpapar secara automatik:
  • Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
  • Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat
  • Akan keluar satu popup yang menatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun
    bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  • Jika bersetuju, klik Teruskan
  • Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
  • Klik Permintaan TAC
  • Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang
    didaftarkan
  • Klik Seterusnya
  • Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya
  • Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah masuk

Maklumat Tambahan:

Iklan

Anda sebagai pemegang unit boleh keluarkan duit ASB secara percuma.

Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna myASNB, tidak boleh menggunakan perkhidmatan
ini. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu di portal myASNB di
www.myASNB.com.my.

Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat
demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.