BARANGAN kemas dengan wanita memang tak boleh dipisahkan. Sama juga dengan shopping, tak sah kalau tak jalan-jalan cuci mata di pusat beli-belah.

Kali ini, admin nak cerita sikit bab rantai, gelang, anting-anting emas 916.

Hmm…kalau tak pandai jaga, memang akan nampak kusam.

Malah, dah tak nampak dah bling-bling. Nanti orang kata, emas ori dikata palsu pula. Kan dah panas hati, kan?

Perkongsian Safura Ella di akaun TikTok memang menarik untuk dipraktikkan.

Kata Safura, emas tak kira lama atau baharu, kalau dipelihara dengan baik, boleh dijual semula dengan harga tak jatuh sangat.

Silap hari bulan, boleh untung banyak kalau kena dengan masanya.

barang kemas

Kata Safura lagi, kalau ada banyak pilihan item emas, bolehlah simpan dalam bekas atau peti keselamatan.

Untuk aksesori yang dipakai harian, berikut tip yang dikongsikan:

1. Jangan pakai barang kemas ketika memasak. Paling penting jangan sampai kena minyak, nanti emas akan cepat pudar.

barang kemas

2. Elakkan pakai minyak wangi direct kena rantai atau gelang tangan. Bahan kimia boleh rosakkan lapisan emas.

3. Sama juga dengan losen, kalau boleh pastikan pakai dulu sebelum sarung cincin atau gelang.

Baca juga Harga mendadak tinggi! Ini masa sesuai wanita jual barang kemas tampung perbelanjaan

barang kemas

Sementara itu, Gold Republic juga berkongsi tip penjagaan mudah yang boleh kita praktikkan bersama.

Bagaimana caranya? Berikut kaedah mudah yang boleh dibuat di rumah jer:

i) Rendam barang kemas dengan air suam selama satu jam sebelum bersihkan dengan berus gigi lama.

barang kemas

Iklan

ii) Rendam dengan air asam jawa selama enam jam dan kemudian bilas dengan air bersih.

iii) Ambil barang kemas dan rendam dalam bekas yang berisi air teh cina. Biarkan semalaman dan kemudian bilas.

Baca juga Berhenti makan gaji & jana income dengan pelaburan emas, Aida raih jualan lebih RM3 bilion bersama Angel Group

iv) Campur air asam jawa dengan limau nipis. Rendam barang kemas sampai kotoran hilang.

barang kemas

Tak perlu nak hantar ke kedai untuk servis cuci. Jimat duit sikit, kan?

Iklan

Barang kemas kalau dijaga dengan baik, boleh jadi jaminan kita kalau terdesak nanti.

Kalau ikutkan pasaran, nilai emas semakin hari semakin tinggi. Kalau tak ‘dibelai’ dengan baik, nanti rugi pula kita sebab kena potong persen.

barang kemas

Apa pun, jika ada kaedah lagi mudah dan tak renyah untuk pastikan emas tetap bling-bling, boleh kongsikan di ruang komen kami ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.