Cara simple sejukkan rumah dengan tiga bahan, nyaman selesa tak perlu aircond

CUACA panas akhir-akhir ini membuatkan ramai tidak selesa walaupun berada di dalam rumah.

Panas membahang terutamanya pada waktu malam membuatkan ramai tidak dapat tidur lena terutama bagi kediaman yang tidak dilengkapi pendingin hawa atau aircond.

Perkongsian wanita, Husna Haron ini boleh dijadikan panduan.

Baca juga: Siap sedia, impak buruk El Nino di beberapa buah negara dikhuatiri berulang. Ada yang tak disangka-sangka

Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April

“Ingat lagi dulu saya pernah tinggal di sebuah rumah sewa. Semuanya selesa tapi amat panas.

“Setiap petang balik kerja rasa macam masuk ke dalam oven, seriously panas yang amat,” ceritanya.

Namun keadaan berubah selepas menemui cara menyejukkan secara kebetulan.

“Satu pagi yang rushing anak saya tertumpah satu jag ai di tas lantai.

“Saya biarkan saja sebab dah lambat nak pergi kerja. Lampu dan kipas pun tak sempat nak tutup

“Bila balik rumah saya pelik sangat rumah rasa nyaman.

“Diringkaskan cerita rupanya air yang ditumpahkan itu tersejat dek kerana kipas setiap masa terbuka dan wap air berkumpul di sekeliling ruang tertutup rumah. Simple sangat ni,” kongsi Husna.

Baca juga: Mula simpan air, El Nino kuat dijangka Mei hingga Julai ini. 7 perkara wajib semua ambil tahu

Kredir foto: Husna Haron, Freepik

Justeru bermula esoknya wanita itu menggunakan petua yang ditemuinya iaitu meletakkan talam berisi air dan dan menghidupkan kipas.

“Satu talam di ruang tamu, satu talam di dalam bilik tidur. Sungguh benar, rumah jadi sejuk.

“Saya buatlah setiap hari, wah selesanya. Rasa nyaman sangat rumah tau. Simple saja caranya,” coretnya.

Pada satu peringkat Husna hanya melakukannya pada waktu malam sahaja. Syukur Alhamdulillah ruma maintain sejuk kerana air circulation sudah mula stabil.

“Oh ya, nak guna talam boleh, besen pun boleh asalkan permukaannya luas, simple sangat.”

Bahan diperlukan:
-Air
-Talam
-Kipas

Pun begitu, Husna turut menitipkan beberapa tip lain seperti berikut:

1-Salin air setiap hari supaya tiada pembiakan jentik-jentik atau letakkan garam supaya jentik-jentik tak boleh hidup

Iklan

2-Untuk permulaan, jangan buka tingkap rumah.

3-Sekiranya rumah anda menghadap matahari jatuh, beli bidai atau pokok boleh mengurangkan  bahang panas.

Baca juga: Strok haba: Ibu bapa jangan abai tanda anak sakit ketika cuaca panas elak hilang nyawa

Selain itu, seorang lagi pengguna Facebook, Kerol Muse yang berkongsi tip menyejukkan bilik yang diamalkan ketika tinggal di Timur Tengah.

“Mesti ramai yang tak tahu kenapa bilik air rasa sejuk berbanding bilik lain?

Iklan

“Baik, saya bagi tip masa saya belajar di Mesir dulu.

“Kami akan sediakan besen besar. Caranya, isi besen itu dengan air dan letakkan di dalam bilik tidur. Suasana bilik akan rasa sejuk macam di bilik air,”titipnya.

Semoga tip ini membantu anda menghadapi cuaca ekstrem dan suhu tinggi melampau akhir-akhir ini.

Sumber: Husna Haron, Kerol Muse

Baca juga: Strok haba ibarat radiator kereta pecah, cepat bertindak waspada tanda awal sebelum ragut nyawa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.