Catat peraturan di papan putih, ini cara Vivy Yusof didik anak

Catat peraturan di papan putih, ini cara Vivy Yusof didik anak
Catat peraturan di papan putih, ini cara Vivy Yusof didik anak
A
A
A

SEMUA orang akan menetapkan azam apabila tiba tahun baharu.

Namun ada juga segelintir individu yang masih belum realisasikan azam lama dan bertekad memperbaharui dan ada juga antara mereka menyenaraikan apa yang ingin dicapai pada tahun ini.

Seperti seorang usahawan muda Vivy Yusof ini.

Selain hebat dalam perniagaan, namun beliau turut tegas dalam memupuk disiplin untuk keluarganya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Vivy memaparkan sebuah papan putih lengkap dengan senarai peraturan untuk 2021.

Foto yang berkapsyen "Perlembagaan 2021 telah ditandatangani. Ada lagi peraturan yang perlu ditambahkan oleh Ketua Dewan? #mommyischairman."

Antara peraturan tersebut adalah ;

1. Tiada TV / gajet sehingga selesai membaca dan menulis.

2. Duduk dan makan sehingga selesai, masukkan pinggan kembali ke dapur.

3. Semasa 'snacking', mesti menggunakan mangkuk.

4. Setelah bermain, masukkan kembali mainan dan 'stationary' dalam kotak yang betul. Jangan bercampur-campur mainan.

5. Tidak membuang kertas.

6. Ikut kata kakak ketika ibu atau ayah tiada di rumah.

Baca juga JKNP jelaskan isu tular kes Covid-19 di Cameron Highlands, jangan percaya berita palsu!

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Vivy memberi pelbagai reaksi.

dianadanielleb - Just finished my schedule.

azimahamzah - Yessss correct box for each toys. My biggest issue with toys!

zilawifeaje - No wasting paper tu rupanya masalah global... ingatkan dekat rumah saya je.

shaisa1984 - Haha... rules and regulation.

kai_kai2 - Good idea!

Apapun, peraturan sebegini sangat bagus terutama dalam melatih anak-anak berdisiplin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca