SEORANG bapa melalui detik cemas apabila anaknya yang berusia tiga tahun tertinggal di dalam kenderaan selama 15 minit.

Rakaman kamera litar tertutup kediaman yang dikongsikan di laman sosial TikTok memaparkan lelaki berkenaan, Mohd Farishal berlari keluar dari rumah sebaik mengetahui anak ketujuhnya itu tertinggal di dalam kenderaan.

Kata beliau, isterinya tidak sedar si kecil itu tertidur dalam kereta selepas selesai menghantar anak-anak yang lain ke sekolah.

“Sejarah hidup yang tak akan pernah dilupakan tapi kali ini menjadi pengajaran. Anak tertidur dalam kereta di tempat duduk belakang, tak ingat keluarkan. Dalam 15 minit juga, semuanya selamat.

“Tengah bersalaman dengan Atok, Atok nak balik. Tiba-tiba rasa sunyi dan nak salam dengan yang kecik tu tiada (dalam rumah.

“Mama teringat (anak) dalam kereta sebab ikutnya hantar kakak ke sekolah tadi. Sudah 15 hingga 20 minit di tengah panas. Nasib tingkap ada buka,” kongsinya.

Baca juga: 18 tahun menanti rezeki dikurniakan anak kelapan lelaki, bapa 7 puteri akhirnya boleh bentang sejadah sebelah kanan

Baca juga: Lagi kes tertinggal anak dalam kereta, bapa lupa hantar taska, ditemukan maut di kawasan universiti. 5 kejadian serupa menyayat hati

Baca juga: Maut atau cacat seumur hidup, itu antara risiko strok haba. Minum banyak air, jangan banyak terdedah di luar

Dalam keadaan cemas, kenderaan utiliti sukan yang diparkir di pekarangan kediaman dibuka menggunakan kunci kawalan jauh. Si kecil yang masih tidur itu terus didukung masuk ke rumah.

Dalam pada itu, Mohd Farishal berkongsi kenderaan yang sama telah diuji suhunya di bawah terik matahari.

“Cerita lepas kejadian, papa pergi periksa kereta dan cuba duduk di dalamnya. Suhu semalam 42 darjah lepas solat Jumaat

“Kesimpulannya, walaupun kereta sudah berkunci lock boleh dibuka dari dalam dan keluar secara manual. Keadaan dalam kereta masih sejuk kesan pendingin hawa walaupun selepas 15 hingga 20 minit.

“Mujur cermin tingkap depan kiri dan kanan dibuka sedikit kerana terlalu panas serta ada ruang oksigen masuk,” katanya.

Rupa-rupanya kejadian yang terjadi kepada keluarga itu turut dialami oleh pengguna laman sosial yang lain.

Warga maya berkongsi keadaan yang seakan serupa terjadi kepada mereka. Ujar mereka:

– “Baru terjadi kepada keluarga saya tapi waktu malam.. Selepas balik, masuk rumah dan tanya anak-anak yang lain di mana si bongsu. Semua cakap sudah tidur di tingkat atas. Tak lama kemudian alarm kereta berbunyi. Saya rasa pelik, rupanya anak baru tersedar dan buka pintu kereta. Menangis-nangis dia takut.”

– “Saya pernah alami bulan lepas. Anak nombor empat yang paling huru-hara tidur dalam keta. Semua yang lain sudah masuk ke rumah. Sekali saya rasa macam terlalu tenang dan rasa pelik. Rupa-rupanya dia dalam kereta. Kejadian berlaku tak sampai lima minit pun.”

– “Pernah sekali dulu lalui detik cemas begini. Semua sudah keluar ke kedai dan saya tiba-tiba rasa aman membeli. Rupanye si bongsu tertinggal dalam kereta sebab dia tertidur. Merah berpeluh mukanya dan menangis, Ya ALLAH ibu rasa bersalah sangat.”

 

Sindrom Terlupa Anak

Sindrom Terlupa Anak atau Forgotten Baby Syndrome biasa terjadi. Justeru anda boleh mengikuti tip yang dikongsi Raising Children Australia ini bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Iklan
Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Dengan rutin itu, anda akan terbiasa memeriksa si kecil di belakang kenderaan secara automatik tanpa bergantung kepada ingatan jangka pendek: katanya.

Berikut langkah-langkah perlu dilakukan;

1-Memeriksa tempat duduk belakang setiap kali meninggalkan kereta.

2-Buka pintu belakang kereta setiap kali parkir walaupun tiada sesiapa di belakang.

3-Letakkan beg, bekas bekal makanan atau botol air anak di tempat duduk hadapan di mana anda boleh melihatnya.

4-Tinggalkan sesuatu di tempat duduk belakang di sebelah anak. Pilih item yang anda perlukan selepas meninggalkan kereta seperti telefon, kad akses pejabat, dompet atau beg tangan.

5-Tampal pelekat peringatan pada tingkap kereta atau berhampiran pemegang pintu yang mana ia boleh dilihat apabila anda keluar dari kereta. Pelekat boleh tertera peringatan ‘lihat belakang kereta sebelum kunci’ atau ‘periksa tempat duduk belakang’.

Iklan

Diharapkan ibu bapa untuk elak meninggalkan anak bersendirian dalam kenderaan walaupun seminit.

Ibu bapa juga perlu bertanggungjawab dengan tidak membiarkan anak yang berusia di bawah enam tahun dalam kenderaan tanpa pengawasan.

Sekiranya anak terkunci dalam kenderaan, segera hubungi talian kecemasan 999 atau tukang kunci untuk bantuan, halang sinaran matahari dari terus masuk ke dalam kenderaan serta peka keadaan anak setiap masa.

Sumber: TikTok Faris

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!