MERIAHNYA rumah keluarga anak ramai. Selepas dikurniakan tujuh orang puteri, famili besar Mohamad Farishal, 40, dan isteri, Nor Shaeriani Awang Hamat, 40, akhirnya menyambut kelahiran anak kelapan lelaki.

Selalu disorot media, keluarga ini tidak asing di laman sosial. Keunikan tampil berpakaian sama biarpun ada daripada tujuh anak perempuan mereka mencapai usia remaja mencuri perhatian warga maya.

Tidak hanya itu, enam daripada tujuh beradik berusia antara dua hingga 16 tahun itu juga turut berkongsi bilik tidur dan ruang belajar serta ruang peribadi sama.

Perkongsian video Mohamad Farishal di laman sosial TikTok mengenai suasana bilik anaknya dan gaya keluarga yang seragam di akaun sosial itu meraih jutaan tontonan.

Kagum melihat mereka mengendalikan tujuh anak perempuan dengan baik, warga maya sering menitipkan doa agar pasangan ini dikurniakan anak lelaki pula.

View Post

Nampaknya doa yang dititipkan dimakbulkan. Dalam perkembangan terbaru, pasangan itu menyambut kehadiran anak kelapan lelaki.

Berkongsi video sejadah dihamparkan di sebelah imam, Mohamad Farishal menzahirkan syukur.

Baca juga: ‘Anak bukan beban, punca kita tak terurus.” Ibu ini dedah rahsia tetap tampil bergaya walau punya anak ramai!

Baca juga: Seronok anak ramai tapi biarlah jarak 2 tahun, fikir 6 perkara penting ini sebelum hamil lagi

Baca juga: Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata keenam

“Akhirnya dapat juga saya bentangkan sejadah untuk zuriat yang lahir semalam di sebelah kanan saya. Semoga besar nanti menjadi makmum atau mungkin imam saya.

“Bakal menggantikan saya suatu hari nanti untuk memimpin keluarga. Ahlan wa sahlan wahai Ahmad Qhalifa, semoga menjadi pejuang Islam sejati,” titipnya.

Bayi berkenaan seberat 3.1 kilogram (kg) itu dilahirkan pada 21 November lalu di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Serdang, Selangor.

Nor Shaeriani menerusi Facebook sempat berkongsi pengalaman bersalin anak kelapan secara normal.

“Alhamdulilah pada 21 November 2023 lahirlah anak saya sebagai pewaris tunggal lelaki seberat 3.1 kg

Iklan

“Syukur kepada ALLAH SWT mengurniakan juga anak lelaki sebagai penanda last pada umur 40 tahun,” kongsinya.

Mohamad Farishal menzahirkan kesyukuran tidak terhingga di atas kelahiran Ahmad Qhalifa.

“Syukur Ya ALLAH. Engkau telah memakbulkan doa kami. Mungkin ada di antara kami telah diangkat doanya kepada-MU ya Allah.

“Hampir 18 tahun menanti anak lelaki akhirnya diberi jua, Allahuakbar. Terima kasih semua sahabat yang mendoakan,” luahnya.

Iklan

Terdahulu, Nor Shaeriani pernah berkongsi impiannya untuk memiliki cahaya mata lelaki sebelum usia 40 tahun.

Pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata perempuan iaitu Nur Eliesya Nazzulia, 16, Nur Eliesya Qisstina, 15, Nur Eliesya Qhaisara, 13, dan pasangan kembar, Nur Eliesya Hussna, Nur Eliesya Hussni, 11, Nur Eliesya Zakirah, 6, serta Nur Eliesya Zhafira, 2.

Wah meriahnya, akhirnya dikurniakan anak lelaki selepas tujuh puteri. Tahniah buat keluarga ini daripada SinarPlus!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!