ISTERI Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam kelihatan semakin berseri-seri sejak hamil anak keempat.

Biarpun tidak mengumumkan secara langsung, namun Che Puan Khaleeda mengesahkan kehamilannya itu menerusi ruangan komen di laman sosial Instagram @ymchepuankhaleeda baru-baru ini.

“Terima kasih semua for all your kind wishes,” tulis Che Puan Khaleeda disertai emoji sayang dan sekuntum bunga ros dalam posting tersebut.

Ucapan manis bertalu-talu itu diterima selepas Che Puan Khaleeda memuat naik sekeping foto memaparkan Che Puan bergambar bersama puteri sulung, Tunku Khalsom Aminah Sofiah dalam persalinan baju kurung warna merah jambu.

che puan khaleeda
WARGA maya menzahirkan keterujaan apabila mengetahui Che Puan Khaleeda kini hamil anak keempat.

Pun begitu, gambar tersebut pantas menangkap mata warga maya apabila baby bump Che Puan Khaleeda jelas kelihatan.

Artikel berkaitanChe Puan Khaleeda Manis, Elegan Berbaju Kurung Songket Tabur

Meninjau ke ruangan komen followers termasuk para selebriti tempatan menzahirkan keterujaan dan mendoakan supaya Che Puan Khaleeda sentiasa berada dalam keadaan baik sepanjang menjalani proses kehamilan.

che puan khaleeda
CHE Puan Khaleeda sentiasa manis dan bergaya dalam persalinan busana tradisional baju kurung pilihan.

Antara komen para pengikut yang singgah di Instagram @ymchepuankhaleeda ialah:
@sariyanti: congratulations.. alhamdulillah.
@rozi_fariha_: baby number 4… your fv num cik puan… congratulations.
@ekinn.rahmann: Yes terjawab teka-teki saya.
@aisha_sapari: I saw baby bump

Sehingga hari ini posting tersebut mendapat lebih 74,000 jumlah likes dan 1,436 komen.

Iklan

Direkodkan, Che Puan Khaleeda dan Tunku Ismail telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2014.

che puan khaleeda TMJ
BAHAGIA. Pasangan diraja yang bernikah pada tahun 2014 dikurniakan seorang puteri dan dua putera.

Pasangan diraja itu dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan dua putera bernama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Iklan

Sementara itu, dalam entri berlainan Che Puan Khaleeda turut berkongsi sekeping foto bersama, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim .

che puan khaleeda
CERIA. Che Puan Khaleeda (kiri) bersama Tunku Khalsom, Raja Zarith Sofiah (tengah) dan Tunku Aminah (kanan) serta puteri sulung, Layla Sofia.

Turut mencuri tumpuan adalah wajah Layla Sofia yang merupakan puteri sulung Tunku Aminah dan suami, Dato Dennis Muhammad.

Tulis warga maya:
@farinatasya_nrfrntsya: Comelnya layla, susah nak nampak ku inah my favourite princess.
@nabeelakamal: Its been a long time xnampak ku inah.. tq CP for updating.
@preloved_toys_from_uk: Comelnya baby girl Tunku Tun Ma Shaa Allah.
@lynn_wkk1916: Semua cantik, comel baby ku inah.