BUKAN hanya sekadar cipta sejarah dan catat rekod Malaysia Book of Records (MBR), 112 pemilik Lamborghini Malaysia berhimpun demi mengumpul dana!

Kehadiran sebanyak 112 kenderaan Lamborghini di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini berjaya mencipta sejarah dan memecah rekod paling banyak berkumpul dalam satu acara MBR.

Ia dikatakan berjaya mengatasi rekod himpunan sebelum ini di mana 77 buah kereta Lamborghini dicatatkan pada tahun 2013.

Lamborghini Owners Malaysia (LOM) merupakan salah satu kelab kereta terawal yang tertubuh di Malaysia dengan ahlinya sebanyak sekitar 50 orang sahaja pada 2014.

Bagaimanapun angkanya kian meningkat sehinggalah ke hari ini dengan jumlah penyertaan sudah mencapai kira-kira 150 ahli.

Baca juga Travel sejauh 2,500 km, bidikan Mok JC buat ramai kagum keindahan Malaysia

Cipta sejarah! 112 pemilik Lamborghini Malaysia berhimpun, 5 fakta berkaitan

Menurut portal tempatan; berikut lima fakta berkaitan acara tersebut;

1. Presiden LOM, Datuk Roslan Rosdi berkata, acara berkenaan diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 jenama itu dan ia sebagai satu pencapaian dalam sejarah kelab seiring dengan ciri keindahan rekaan dan prestasi supercar dari Itali itu.

2. Ia mengambil masa selama tiga bulan untuk merancang program tersebut yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua ahli kelab.

3. Bukan hanya untuk mencatatkan rekod, acara itu juga membantu dalam mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada empat badan kebajikan terpilih.

Cipta sejarah! 112 pemilik Lamborghini Malaysia berhimpun, 5 fakta berkaitan

Baca juga Kenal sebulan, wanita dedah bahagia bercinta selepas nikah lelaki Egypt

Iklan

Cipta sejarah! 112 pemilik Lamborghini Malaysia berhimpun, 5 fakta berkaitan

4. Sebaik acara berakhir, semua 112 supercar terbabit dilepaskan untuk sesi konvoi pemanduan ke Bukit Tinggi, Pahang.

5. Antara model unik Lamborghini yang turut serta ialah Gallardo Malaysia Limited Edition yang hanya dihasilkan sebanyak 20 unit selain Murcielago, Huracan Spyder, Aventador SVJ dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Urus.

Wah! Tak berkedip mata melihat deretan ratusan kenderaan hebat, Lamborghini yang telah memecahkan rekod MBR 11 Jun lalu.

Iklan

Sumber: Harian Metro, FemagOnline

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI