“INILAH kereta ayah.” Demikian titipan sayu balu pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali menggamit memori selepas melihat kelibat kenderaan yang pernah dimiliki suaminya satu ketika dahulu.

Ibu kepada satu-satunya anak Allahyarham Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey itu menzahirkan rasa sebak.

KATANYA Kenderaan jenis serba guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna hitam dibeli Abam untuk keselesaan si anak.

Dalam video yang sama, Hidayah turut menitipkan pesan buat Hamzah supaya mendoakan perniagaannya berjaya agar dia dapat membeli kenderaan itu semula.

“Hanya tinggal kenangan, kereta arwah suami. Bila Hamzah sudah besar, inilah kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya. Insya-ALLAH doakan bisnes ibu berjaya. Aamiin,” tulisnya di Instagram.

Baca juga: ‘Akan terus mendukung namamu hingga ke syurga…’ – Ucapan sayu Hidayah sempena ulang tahun kelahiran Abam

Dalam masa yang sama, wanita itu turut memuat naik video yang memaparkan foto-foto kenangan mereka sekeluarga di dalam kenderaan itu.

Rata-rata warga maya turut sebak dan menitipkan doa agar wanita itu kuat dan berjaya dalam perniagaan yang sedang diusahakan.

-“Insya-ALLAH ada rezeki Hamzah dan ibu.”

– “Semoga Allah permudahkan urusan Dayah dan Hamzah dunia akhirat.”

– “Allahuakbar sedih sangat-sangat. Seorang ayah hendakkan yang terbaik untuk anaknya.”

Iklan

Baca juga: Sanggup ambil risiko semadi pesakit Covid-19, Abam Botak bersama 10 sukarelawan ikhlas demi tuntutan fardu Kifayah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @abam_bocik

Allahyarham Abam disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020. Pelawak dari kumpulan Bocey itu berkahwin dengan Hidayah pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3.

Iklan

Baca juga: Hilang tawaran kerja, Ali Puteh gigih sara keluarga

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI