BERITA baik buat ibu bapa yang bimbang keadaan cuaca panas yang sedang melanda, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan semua warga institusi pendidikan di bawah nyadiminta memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota pelaksana memakai pakaian sukan sopan ketika cuaca panas.

Kementerian itu menerusi kenyataan berkenaan memaklumkan, kebenaran khas itu berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa di institusi masing-masing.

“KPM prihatin terhadap penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca yang di luar jangka.

“Institusi pendidikan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mematuhi saranan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan seluruh warga institusi pendidikan,” katanya.

Baca juga: Kalendar akademik kembali ke Januari pada 2026, 10 info ibu bapa perlu tahu

Baca juga: Tular murid tertidur, terperangkap dalam bas sekolah hingga waktu berbuka runtun hati warganet, pemandu bas tak perasan

Dalam pada itu, KPM meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan bawahnya untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

i. Menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas.

ii. Memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

iii. Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri bagi yang tidak berpuasa/murid bukan Islam.

Iklan

iv. Menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan.

v. Membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.

vi. Sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik serta hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.

Semoga bermanfaat!

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!