AKSESORI wanita seperti rantai, cincin dan gelang mudah pudar jika selalu dipakai.

Lazimnya, kita akan bawa aksesori tersebut ke kedai untuk dicuci.

Barulah ia kembali berkilau-kilau.

Sebenarnya, anda boleh cuci sendiri perhiasan diri itu menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja.


Justeru, SinarPlus kali ini ingin kongsikan beberapa tip untuk membersihkan barangan silver dan emas.

Ia bukan sahaja menjimatkan malah confirm berkesan.

Berikut tiga cara mencuci barangan daripada silver:

1. Sabun pinggan mangkuk
– Campurkan beberapa titis cecair pinggan mangkuk dengan air suam.
– Celupkan kain lembut ke dalam larutan dan gosokkan perak untuk menghilangkan kotoran.
– Bilas dengan air sejuk dan keringkan dengan kain lembut yang lain.

2. Baking soda
– Campurkan tiga bahagian baking soda dengan satu bahagian air.
– Basahkan barangan silver dan sapukan pes soda dengan kain lembut yang tidak berbulu.
– Bersihkan di sekitar celah barangan kemas itu dengan memutarkan bucu kain.
– Bilas dan keringkan.

3. Ubat gigi
– Sapukan sedikit ubat gigi pes putih (bukan gel) pada jari anda atau kain lembut.
– Gosok dengan berhati-hati dan bilas menggunakan air suam. Keringkan.

Baca juga: Tak perlu beli baharu. Cuba tip ini tajamkan balik peralatan rumah yang tumpul

baca juga: Kediaman harum dan segar menjelang raya, DIY jer guna bahan di dapur. Mudah & murah!

Baca juga: Bakul sampah lama jangan dibuang. Wanita ini kongsi DIY buat pasu pokok hiasan. Jimat kos dan cantik!

Iklan

Ini pula teknik untuk membersihkan barangan kemas daripada emas:

Bahan-bahan diperlukan:
Sabun pinggan mangkuk
Penapis kecil
Kain microfiber lembut
Berus gigi lembut

Cara penyediaan:
1. Sediakan larutan air cucian dengan mencampurkan kira-kira satu cawan air suam bersama beberapa titik sabun pinggan mangkuk.
2. Rendam barang kemas selama lima minit. Pastikan ia kepingan perhiasan kecil diletakkan ke dalam penapis sebelum dimasukkan ke dalam larutan.
3. Bersihkan kotoran menggunakan berus gigi lembut.
4. Keluarkan barang kemas dari air sabun dan letakkan di atas kain lembut untuk memudahkan proses memberus.
5. Bilas dengan air mengalir. Keringkan dengan kain lembut.

Iklan

Selamat mencuba semua!

Sumber: Good Housekeeping

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAFyang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang