Cuti sekolah mulai 19 April (Rabu) sempena Hari Raya Aidilfitri, 5 info perlu tahu

BAHANG Syawal kian terasa, masing-masing sudah merancang perjalanan pulang ke kampung.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan cuti tambahan sempena sambutan hari raya pada Rabu, 19 April 2023.

Baca juga: Sebelum pulang ke kampung, pastikan tidur kena cukup, elak microsleep. Sesaat terlelap boleh bawa padah

Kredit foto: Bernama

Berikut lima info lannjut ibu bapa perlu tahu:

1-Fadhlina berkata cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada murid-murid dan para guru untuk membuat persiapan bagi negeri di kumpulan A dan B.

2-KPM mengumumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM.

3-Pada 19 April 2023 tidak akan ada sesi persekolahan.

4-Cuti sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri asalnya bermula pada Khamis, 19 April hingga 29 April 2023 bagi negeri di kumpulan A manakala negeri di kumpulan B hingga 30 April 2023.

5-Terdahulu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon KPM memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April.

Diharapkan dapatlah kita memanfaatkan cuti terutama bagi yang terpaksa merentas negeri untuk pulang berhari raya dan meluangkan berkualiti bersama keluarga.

Iklan

Baca juga: Sebelum rancang untuk bawa si bulus naik kereta, ikut 7 tip mudah ni

Baca juga: “Ibu bapa tiada gantinya”- Isteri kerap balik kampung, lelaki mualaf baru tahu punca lebuh raya sesak tiap kali cuti

Iklan

Sumber: NUTP Malaysia

Kredit foto: 123RF via Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.