'Daripada sendirian, kini telah berdua.' Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

A
A
A

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu majlis perkahwinan.

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai majlis tersebut tidak dikongsikan kepada peminat.

kak engku Pun demikian, kapsyen yang dimuat naik seolah-olah mengiyakan berita tersebut.

"Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

"Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima Kasih," tulisnya yang mesra disapa Kak Engku.

Raja Azura

Menerusi video yang dikongsikan, Raja Azura yang tampil manis berbaju kurung dilihat berjalan menuju ke pelamin sambil diiringi pembawa dulang hantaran.

Pihak SinarPlus turut menghantar WhatsApp bagi mendapatkan pengesahan lanjut,  namun belum mendapat sebarang respond daripada tuan punya badan.

Raja azura 1

Menjengah ke ruangan komen, ramai selebriti dan warga maya menitipkan ucapan tahniah buat pemilik nama sebenar Yang Mulia Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin:

'Tahniah Kakak…Sesenyap je dia…Ni betul ke shootin?? Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.'

'@raja_azura tahniah, Zura! Alhamdulillah.'

'So happy for you kakak ku .. Congrats? Semoga kekal bahagia dunia & akhirat .'

'Tahniah kak @raja_azura, Selamat Pengantin Baru. Moga akak temui kebahagiaan sebenar yg di tunggu tunggu, imam terbaik utk bimbing akak ke jalan Akhirat Amin..'

'Kakakkkkkkkkkkkk .. congrats sygku ❤️ our kak zuris @ kak engku our YM .. @raja_azura bahagia sampai syurga kakak❤️u deserve happiness❤️.'

'Betul ke ni. Dalam senyap² je tau² ada jodoh. Syukur Alhamdulillah.'

'Amboiii kak Engku.. cantik sangat ni. Jangan mainkan perasaan kami.'

'Alhamdulillah.... Syukran ALLAH SWT Amin Ya Rabbal 'Alamin ? Tahniah Kak Emgku @raja_azura dan pasanganmu.... Semoga Berbahagia Dunia Akhirat hingga ke Jannatul Firdausi ALLAH SWT... Amin Ya Rabbal 'Alamin .'

'Tahniahhhhh? moga berkekalan hingga jannah.Aamin❤️.'

Untuk rekod, bekas penyampai radio yang kini berusia 51 tahun itu pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001.

Pun begitu, jodoh mereka tidak panjang apabila mengambil keputusan berpisah pada 28 September 2010.

kak engku 1

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 22; Megat Luqman Hakim, 21; dan Puteri Mia Maizura,19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

 

 

 

 

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca