Dedah aib suami isteri, 'unboxing pengantin' jadi trend kini undang kecaman

01
01
A
A
A

BILA sebut mengenai perkahwinan, semestinya kaum perempuan begitu teruja. Semuanya mengimpikan perkahwinan yang indah, bahagia dan semestinya 'till jannah'.

Jadi, bila nak berkahwin semua pasti teruja kerana mahu 'mendirikan masjid' dan hidup sebumbung hingga ke akhir hayat.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Disebabkan itu, hari ini pelbagai trend perkahwinan yang dapat kita lihat.

Ada yang suka buat secara besar-besaran di hotel mewah dan berlumba-lumba untuk dinobatkan sbagai 'Wedding of the year'.

Sesetengahnya pula yang lebih suka melangsungkan majlis secara bersederhana yang hanya dihadiri saudara-mara dan sahabat terdekat.

Namun kini timbul pula satu trend terbaharu iaitu ‘unboxing pengantin’ atau ‘unboxing by husband’. Apa benda pula tu?

Mudah! Sistem pendaftaran perkahwinan kini boleh dibuat secara online

Ya, beberapa minggu kebelakangan ini tular di laman sosial terutama aplikasi TikTok, rakaman ‘unboxing pengantin’ atau ‘unboxing by husband’ yang menjadi ikutan pasangan pengantin terutama di kalangan wanita bertudung.

Hasil tinjauan, terdapat ramai juga yang menyahut cabaran itu dengan membuat rakaman pengantin lelaki membuka aksesori kepala dan tudung pengantin perempuan di hadapan cermin.

Dalam pada itu, kedua-dua mereka masih memakai busana pengantin dan ia akan dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan.

Pun begitu, trend yang semakin digilai ramai itu mendapat kecaman dan kritikan yang hebat daripada orang ramai.

Ujar mereka;

"Aib suami isteri simpan sendiri sudah lah. Terlalu taksub merakam untuk content sampah pun tak boleh juga. Itu satu trend yang tidak sihat."

"Pengantin muda zaman sekarang ini mudah sangat terikut dengan perkara yang kurang baik, kononnya ikut trend, tapi lebih ke arah memalukan diri dan keluarga."

Baca juga 5 fakta IHU, varian baru dikesan di Perancis, sangat mudah berjangkit

"Video macam ni simpan kat ampa sahaja la. Baru nikah kesian kat suami berapa banyak mata yang melihat."

"Ramai orang perempuan saya tengok kurang rasa malu muat naik video rakaman ‘unboxing by husband’ di TikTok."

"Semua benda nak dirakam, kalau ada orang lain komen dan kecam, awak akan marah pula."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca