KERANCAKAN untuk kita menyambut lebaran pada tahun ini memang terasa. Pastinya, bukan sekadar baju baharu atau variasi juadah dan kuih-muih sahaja diberi perhatian, tetapi kediaman turut menjadi keutamaan.

Inilah masanya mengemas rumah, mengelap habuk, menyusun atur kembali sofa dan mungkin mengecat kediaman yang mungkin sudah bertahun dibiarkan begitu sahaja.

Walaupun kita belum pasti sama ada aktiviti ziarah dibenarkan ekoran negara masih dengan wabak Covid-19, ia bukan menjadi isu besar. Apa yang penting kekemasan rumah akan melegakan dan membuatkan kita puas.

 

Baca juga: 3 rekaan terbaharu skechers gorun dengan ciri teknologi keselesaan dipertingkatkan memang puas hati

Baca juga: Tingkatkan imunisasi si kecil dengan makanan tambahan ini ia juga boleh bantu dapatkan diet seimbang

 

Seandainya, jika kerajaan membenarkan kita menerima tetamu, penyediaan cecair sanitasi tangan di pintu masuk dan pemakaian pelitup perlu dilaksanakan.

Hadkan juga jumlah kehadiran dan sebaiknya maklumkan terlebih dulu seandainya kita mahu mengadakan kunjungan.

Berbalik kepada soal dekorasi rumah, terdapat kriteria tertentu yang perlu dititik beratkan agar setiap ruang dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Ingat, jangan terlalu sarat dan berbelanja keterlaluan.

Berikut beberapa elemen dan jenis hiasan yang perlu ada untuk menyerlahkan aura kediaman kalian.

1. Warna dinding

Jenama yang disyorkan: Jotun, Nippon Paint, KCC dan Seamaster

Bagi mewujudkan suasana baharu, perubahan pada dinding boleh dilakukan. Pemilihan warna boleh dibuat mengikut konsep dekorasi rumah. Rona yang dipilih biarlah sepadan dengan perabot, bantal kusyen dan langsir agar tidak kelihatan berkecamuk.

Seperti biasa, warna semula jadi seperti putih atau coklat lembut dapat memberi kesan ilusi optik dalam memperlihatkan saiz kediaman lebih besar.

2. Langsir

Lokasi pembelian yang disyorkan: MK Curtain, Nilai; Jain Curtain, Kuala Lumpur, Zen Home Decor, Selangor, Nagoya dan Ikea

Secara ringkasnya, langsir antara perhiasan rumah yang paling mudah ditukar. Apa kata, pada lebaran kali, jangan memilih corak yang terlalu menonjol. Ini hanya akan membuatkan ruang lingkup rumah kita nampak kelihatan kecil berbanding saiz sebenar.

SinarPlus mencadangkan agar memilih dua pilihan warna iaitu warm neutral seperti kuring, jingga atau merah jambu, sementara cool neutral pula lebih kepada biru, ungu, hijau dan kelabu.

3. Balang kuih

Lokasi pembelian yang disyorkan: Ninso, Eco, Ikea, Kaison, SSF Home, Ruma, Hooga, Nilai 3, AEON dan Parkson

Kalau hari raya, tidak sah jika tidak menghidangkan kuih-muih kepada jemputan.

Justeru, pemilihan bekas kuih atau balang juga tidak boleh semberono. Di pasaran, memang terdapat banyak jenis sama ada kaca, melamine atau plastik. Pilihlah yang mana menarik pada pandangan hati.

Iklan

Namun, pastikan ia kedap udara bagi memastikan kuih tidak cepat lemau dan lebih tahan lama.
Pastikan juga, rekaan balang kuih raya tidak terlalu ketat sampai sukar dibuka oleh tetamu.

4. Pelita dan lampu LED

Lokasi pembelian yang disyorkan: Shopee, Lazada, Eco, Ruma, Ninso, Hooga dan Houses Lighting, Selangor

Biasanya, setiap daripada kita mula menerangi kediaman pada 10 hari terakhir Ramadan. Kemeriahkan lampu LED atau ‘kelip-kelip’ akan memeriahkan lagi suasana.

Jika dulu kebanyakan pelita menggunakan minyak tanah sebagai bahan api, bagaimanapun sekarang sudah berbeza.
Pada era ini, sebahagian pelita menggunakan elektrik atau bateri.

Nasihat SinarPlus, pilih pelita elektrik yang berkualiti dan tahan lasak agar tidak mudah rosak lebih-lebih lagi apabila terdedah kepada cuaca panas atau hujan.

5. Permaidani

Iklan

Lokasi pembelian yang disyorkan: Nilai 3, Negeri Sembilan; Little Turkey, Selangor; Nasim Carpet, Kuala Lumpur, Ikea dan SSF

Apabila sudah menentukan pilihan warna dinding, perabot, langsir dan hiasan rumah, hamparan permaidani jangan dilupakan.

Pilih saiz permaidani yang sesuai dengan ruang kediaman. Kedudukannya pula perlu disusun di lokasi tepat dan kemas agar tidak mempengaruhi dekorasi rumah.

Satu lagi, jangan pilih permaidani yang terlalu kecil. Pastikan saiznya boleh memuatkan perabot rumah dan ruang makan.

 

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI