PILU, sedih dan geram bercampur baur, pemergian Zayn Rayyan Abdul Matiin menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.

Tidak hanya ibu bapa arwah, pengasuh kanak-kanak autisme yang menjadi mangsa pembunuhan itu turut merasakan kehilangan. Dalam temu ramah bersama portal berita tempatan, Auni Afiqah Abas mengakui pemergian Zayn menusuk hatinya.

“Terus terang saya cakap dia tak pernah kacau orang di sini. Budak lain pun dia tak pernah sentuh.

“Anak-anak saya pun dia tak pernah sentuh. Kalau mencuit maksudnya dia nak bermain,” kongsi Auni yang mula menjaga Zayn setahun lalu.

Bermula dengan kehilangan Zayn di kawasan di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya dari tengah hari Selasa, arwah ditemui berhampiran kawasan kediamannya pada jam 10 malam, Rabu dalam keadaan tidak bernyawa.

Berikut adalah kronologi sebenar 32 jam:

5 Disember 2023

12.30 tengah hari

Ibu kepada Zayn, Ismanira Abdul Manaf berkongsi mengenai kehilangan anaknya di laman sosial Facebook.

6 Disember 2023

11.16 pagi

Pencarian ibu mangsa gagal menemui anak sulung daripada dua adik beradik itu. Ibu berkenaan mula mendapatkan bantuan daripada penduduk setempat untuk mencari Zayn.

4.12 petang

Beberapa kanak-kanak memberitahu bahawa mereka melihat mangsa masuk ke kawasan belukar berhampiran.

Mangsa turut dikatakan dilihat bermain di tingkat tiga blok kediaman berkenaan namun melarikan diri selepas kehadirannya dilihat orang lain.

4.27 petang

Operasi mencari dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Unit Anjing Pengesan (K9) dan bomba dijalankan di semua bangunan perumahadan kawasan berhampiran namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan mangsa.

9.00 malam

Polis menggerakkan operasi pencarian dari rumah ke rumah.

Baca juga: Anak saya tidak boleh bercakap, hubungi jika nampak’ Lengkap uniform sekolah, kanak-kanak autisme 6 tahun hilang

Baca juga: Hilang lebih 24 jam, anak autisme Zayn Rayyan ditemui tak bernyawa, bapa pengsan terima hakikat, ini kronologi menyentuh hati

Baca juga: Siapa tak sayang anak! Berhenti salahkan ibu bapa Zayn Rayyan, yang ada anak syurga akan memahami – Super Daddy

7 Disember 2023

12.02 tengah malam

Iklan

Salah seorang penduduk, Faizol Najib Abdul Naim, 45, menemui kanak-kanak autisme itu dalam keadaan tidak bernyawa.

1.04 pagi

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid memaklumkan jasad Zayn akan dibedah siasat.

10.36 pagi

Polis merakam ketenangan saksi, keluarga dan jiran. Kes itu diklasifisikan sebagai kematian mengejut.

3.30 petang

Bedah siasat yang dijalankan oleh pihak Forensik Hospital Sungai Buloh. Ibu Zayn menyerahkan kes siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

5.00 petang

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn dibunuh. Kertas siasatan dibuka selepas proses bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan.

6.00 petang
Jenazah dibawa di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Iklan

7.00 petang
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain memaklumkan Zayn tidak meninggal dunia di tempat kejadian sebaliknya di tempat lain. Malah anak kecil itu juga dipercayai maut 48 jam sebelum ditemui.

Mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya dan dipercayai dicekik berdasarkan kesan kecederaan konsisten pada leher.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan telah menubuhkan ‘task force’ khas untuk memberi tumpuan dalam membantu siasatan kes berkenaan.

Sama-sama kita doakan pembunuh Zayn akan dijejaki segera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!