BERITA kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan menyentuh hati ramai. Lebih 24 jam hilang, anak istimewa itu ditemui terbaring tidak bernyawa di dalam belukar 200 meter dari rumahnya.

Kehilangan anak sulung dalam keluarga itu amat memberi kesan kepada ibu dan bapanya. Malah semasa penemuan jasadnya malam tadi, si bapa dilaporkan pengsan beberapa kali.

Ibunya, Ismanira Abdul Manaf masih tidak dapat menerima kenyataan Zayn sudah tiada. Tidak dapat melelapkan mata, beliau merasakan Zayn masih ‘hidup’.

Pempengaruh yang juga seorang bapa tunggal, Khairul Abdullah yang merupakan ayah kepada seorang anak autisme berkongsi tentang kebiasaan kanak-kanak autisme. Beliau berharap agar kedua ibu bapa anak kecil berkenaan tidak dipersalahkan oleh masyarakat.

Baca juga: Hilang lebih 24 jam, anak autisme Zayn Rayyan ditemui tak bernyawa, bapa pengsan terima hakikat, ini kronologi menyentuh hati

“Ibu bapa yang ada anak syurga akan memahami perasaan dirasai ibu bapa arwah Zyan Rayyan. Adik Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan berbaring mengiring dan disangka masih hidup dan tidur kepenatan.

“Namun, beliau telah meninggal dunia. Berjurai air mata walaupun bukan anak aku, Allahuakbar.

“Aku juga ada anak autisme, aku ada anak umur enam tahun, aku ayah yang bersendirian membesarkan anak-anak.

“Aku faham betapa ralat dan perasaan bersalahnya seorang ayah, apatah lagi ibunya. Tengok video si ayah pengsan dan ibunya menjerit Allahuakbar Allahuakbar sambil menangis memeluk tubuh kecil tak bernyawa itu sangatlah memilukan,” kongsinya.

Khairul mendedahkan kanak-kanak autisme lazimnya memerlukan tempat tersembunyi untuk menenangkan kecelaruan sensori selepas sama ada mengalami tantrum atau meltdown.

“Tak berhenti air mata ini mengalir. Tragis. Aku mohon, janganlah put a blame on his mother. Janganlah kalian salahkan ibunya, jangan sesekali. Elakkan komen ‘cuai’, ‘kerana kecuaian’ dan sebagainya.

“Tuduhan cuai itu seolah menikam dan membunuh ibunya pula. Kalian yang tiada anak autisme tidak akan faham.

“Kenapa Rayyan tak ditemui walaupun lebih 32 jam pencarian, walhal berdekatan rumah sahaja tempat dijumpai tu?

Baca juga: ‘Anak saya tidak boleh bercakap, hubungi jika nampak’. Lengkap uniform sekolah, kanak-kanak autisme 6 tahun hilang

“Mengikut cerita, Rayyan pulang sekolah dan dibawa ibu ke taman permainan sekejap, namun selepas diajak pulang dia tidak berpuas hati, mungkin mahu bermain lebih lama.

“Jadi Rayyan tantrum disebabkan keinginan tidak dipenuhi atau juga meltdown apabila dia gagal mengawal emosi dan tidak melakukan stimming,” kongsinya.

Khairul turut menitipkan pengalamannya mengendalikan anaknya, Khaleef yang menghidap autisme.

“Anak begini (autisme) biasanya akan lari mencari space atau ruang untuk stimming dan regulate emosi diorang. Anak aku juga begini. Dia akan menghilangkan diri, cari tempat yang tersembunyi dan terkepung (confine space) untuk dia duduk berdiam dan regulate emosinya dengan melakukan ‘stimming’.

“Dia memang tidak mahu diganggu dan tidak mahu dijumpai oleh sesiapa. Jadi kalau dipanggil tidak akan sahut. Dia hanya akan menutup telinga dan berdiam diri sehinggalah emosinya kembali stabil dan ok.

“Kalau panggil, jerit pekik, lagilah dia tutup telinga dan berdiam diri kerana ‘sensory overload’.

“Dia akan memilih untuk terus menutup telinga dan berdiam diri. Adalah sukar untuk mencari anak autisme seperti anak aku ini jika dia memilih untuk lari dan bersembunyi.

Baca juga: Anak jalan lambat petanda kepada autisme? Pakar pediatrik ini beri penjelasan lanjut

“Aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku. Aku yakin anak autisme seperti Zayn sama juga caranya melepaskan emosi apabila keinginan tidak dipenuhi.

“Mereka juga adalah pantas untuk hilang, hanya perlukan masa beberapa saat.

“Anak aku Khaleef sejak kecil sudah banyak kali hilang di tempat awam. Tidak sampai lima saat boleh hilang begitu sahaja.

Iklan

“Bukanlah aku cuai, tetapi aku ada tiga anak kecil yang semuanya perlu dipantau seorang diri.

“Adakalanya, apabila tumpuan ekstra lima saat kepada anak ini, anak itu pula hilang.

“Ibu Rayyan juga sudah sebaiknya menjaga anak beliau. Sudah dibawa ke taman untuk penuhi hajat si anak, namun ibu perlu pulang dengan tangan pula penuh barang perlu dijinjing dan tangan anak perlu dilepaskan.

“Detik beberapa saat itulah Rayyan hilang. Innalillahi wainna ilai hirojiun. Semoga ALLAH beri kekuatan yang luar biasa kepada ibu dan ayah Zayn Rayyan untuk tenang dan reda atas kejadian yang berlaku.

“Semoga ALLAH kurniakan ganjaran syurga atas ujian yang diberikan terhadap mereka. Semoga arwah sedang bergembira di taman syurga,” ujarnya.

Kredit foto: Pexels

Nasihat Khairul kepada warga maya agar terlalu mudahmenjatuhkan hukum kepada ibu bapa anak syurga itu sebaliknya mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.

“Untuk kita semua, berhentilah menghukum. Ambil iktibar atas apa yang berlaku.

“Belajar mengenal sifat anak-anak autisme, belajar memahami struggle ibu ayah yang membesarkan anak-anak autisme dan anak-anak kelainan upaya yang lain.

“Sama-sama kita sebagai ahli masyarakat mengambil berat terhadap keperluan orang di sekeliling kita. Semoga kita semua lebih cakna. Semoga kita semua lebih empati,” luahnya.

Iklan

Sebelum ini SinarPlus melaporkan si kecil Zayn Rayyan yang hilang di kawasan di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya dari tengah hari Selasa ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan kediamannya pada jam 10 malam, Rabu.

Murid Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) itu ditemui lengkap berpakaian seperti ketika hilang iaitu baju-T berkolar dan berlencana sekolah, seluar dan kasut sekolah hitam.

Kanak-kanak itu orang kurang upaya (OKU) autisme dan tidak berupaya bertutur itu hilang ketika bersama ibunya berdekatan dengan rumah setelah pulang dari sekolah.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn mati dibunuh.

Kertas siasatan dibuka selepas proses bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan.

Hussein berkata, hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak terbabit mendapati ada unsur jenayah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!