HARI yang sudah pastinya ditunggu ramai kini tiba.

Permohonan untuk pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini kini telah dibuka.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Permohonan secara online boleh dibuat bermula hari ini hingga 31 April 2022.

Seperti yang diketahui umum, individu yang layak memohon adalah;

1. Ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.

2. Pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap.

3. Hanya ahli yang mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yang dibenarkan membuat pengeluaran itu.

Baca juga 12 Info Terkini Pengeluaran Khas KWSP, Bakal Dibayar Sekali Gus

Justeru, untuk permohonan pengeluaran KWSP RM10,000 ini, berikut adalah langkah memohon :

1. Layari website pengeluarankhas.kwsp.gov.my

2. Klik Mohon Sekarang.

3. Isi Nombor IC & Nombor Telefon anda.

4. Klik Teruskan dan masukkan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.

5. Letak AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda.

6. Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan.

Iklan

Baca juga Pengeluaran khas KWSP RM10,000 boleh mohon bermula 1 April, hanya syarat mudah

7. Taip Amaun Pilihan Pengeluaran.

8. Klik Teruskan.

9. Isi lengkap Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik, tekan Teruskan.

10. Tekan Hantar. Selesai!

Iklan

Bagaimanapun perlu diingat, jumlah amaun pengeluaran adalah minimum RM50, manakala maksimum sebanyak RM10,000, tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.

Pemohon juga perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 malah pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.

Untuk pertanyaan lanjut, layari website rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my atau talian hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI