VARIAN Mu atau dikenali sebagai B.1.621 adalah antara Varian of Interest (VOI) yang sedang giat dipantau Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Varian tersebut difahamkan pertama kali dijumpai di negara Amerika Latin, Colombia pada bulan Januari lalu dan mencatat sebanyak 290 kes pada.

Awal bulan ini, Jepun dilaporkan telah menerima kes pertama varian koronavirus dikenali Mu daripada dua individu yang tiba dari luar negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom (UK).

 

Baca juga 80 Peratus Rakyat Peru Dijangkiti Varian Lambda, Lebih Bahaya Dari Delta. Berikut 10 Fakta Perlu Diketahui…

Berikut 10 info mengenai varian Mu:

1. Merupakan VOI kelima yang dipantau oleh WHO. Empat lagi VOI ialah Eta, Iota, Kappa dan Lambda.

2. Ia dilaporkan memiliki kemampuan genetik yang dapat mempengaruhi karakteristik virus iaitu tahap keparahan penyakit, kekebalan, penularan dan kemampuan untuk dikesan serta perawatan.

3. Sejak 30 Ogos 2021, WHO senaraikan sebagai varian dalam pemerhatian selepas ia dikesan di 39 negara.

4.Varian ini telah dikesan di Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun, Ecuador, Kanada, dan beberapa negara di Eropah.

5. Kira-kira 2,000 kes harian Mu dikesan di Amerika Syarikat.

6. Sebilangan besar kes direkod di California, Florida, Texas dan New York

7. Setakat ini, kurang daripada 0.1 peratus jangkitan Covid-19 di seluruh dunia dikesan varian Mu.

Iklan

8. Mu dianggap berpotensi lebih kecil berbanding varian Delta atau Alpha yang diletakkan sebagai VOC.

9. WHO menjelaskan varian Mu ada mutasi yang menunjukkan kemungkinan untuk mengatasi sistem imun.

10.WHO memaklumkan lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami ciri-ciri varian Mu.

Iklan

Sementara itu, setakat ini terdapat beberapa VOI dikesan di Malaysia. Antaranya ialah varian Eta (B.1.525) dan varian Kappa (B.1.617.1).

Selain VOI, Variant of Concern (VOC) turut dilaporkan di negara ini membabitkan
-Varian Beta (B.1.351)
-Varian Alpha (B.1.1.7)
-Varian Delta (B.1.617.2)

Varian ini disusun mengikut abjad Greek (Yunani) untuk mengelakkan stigma terhadap sesebuah negara apabila ia pertama kali dikenalpasti.

Ikuti kami di Instagram