Ditegur terlalu leka bermain telefon, bapa maut ditikam anak

Ditegur terlalu leka bermain telefon, bapa maut ditikam anak
Ditegur terlalu leka bermain telefon, bapa maut ditikam anak
A
A
A

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja mereka semuanya akan sanggup melakukan apa saja demi melihat anak membesar dengan sempurna.

Ada yang sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang dalam membesarkan anak tersayang, penat lelah ditolak ke tepi asalkan anak dapat membesar dengan sebaiknya.

Ayah adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpa ayah siapalah kita di dunia ini dan mustahil kita akan wujud di muka bumi ini.

Maka, seorang anak itu sepatutnya menjaga martabat seorang ayah dan menabur budi pada mereka selagi mereka masih hidup.

Namun lain pula yang dilaporkan berlaku pagi tadi apabila seorang anak telah hilang pertimbangan dan sanggup membunuh ayah kandungnya sendiri.

Dipercayai akibat perselisihan faham, seorang lelaki maut selepas ditikam oleh anak lelakinya dalam kejadian di Kampung Simpang Pertang, Jelebu pagi tadi.

Memetik laporan potal media tempatan, Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Maslan Udin berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian daripada orang awam yang menemukan mangsa terbaring berlumuran darah berhampiran pintu rumah kira-kira 9.30 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, berlaku pertengkaran mulut di antara suspek yang berusia 35 tahun itu dengan bapanya, 59 yang menegur suspek kerana terlalu leka bermain telefon pintar.

“Ketika bertengkar, mangsa juga memukul suspek dengan kerusi plastik menyebabkan suspek bertindak menikam mangsa pada bahagian depan dan belakang badan,” katanya.

Menurutnya suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal sebelum berjaya ditahan polis kira-kira 20 minit selepas kejadian.

Maslan berkata, siasatan awal juga mendapati suspek tinggal dengan ibu bapanya di rumah itu selain tidak bekerja susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketika kejadian, hanya suspek dan bapanya berada di rumah itu dan hanya disebabkan berang dengan teguran mangsa, si anak terus hilang pertimbangan sehingga tergamak melakukan jenayah tersebut.

Maslan berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca